OOO

Khamis, September 15, 2011

Neutrogena Ageless Bloggers Media Launch

Terima Nuffnang yang sudi jemput akak ke Neutrogena Ageless Bloggers Media Launch pada hari Selasa malam di CIAO Ristorante. Bila dah daftar cam biasa akak cari geng dulu.
Bila dah jumpa geng kita pun sibuklah jenguk sana dan jenguk sini. Oooo ternampak ada mesin check kulit kita kat sini. Ada gak member blogger yang berkesempatan check tapi akak tak sempatlah nak check.
Cakap-cakap produk Rangkaian Neutrogena Ageless oleh pakar dermatologi Mr. Cash.
Jomlah baca info kat bawah ni.
Umur bukanlah sesuatu yang perlu di sembunyikan bagi wanita yang berkeyakinan-namun tanda-tanda penuaaan di wajah sememangnya menggusarkan.

Memang betul kan bila dah berusia macam akak ni memanglah kita risau bila tenguk di cermin dah mula banyak kedutan yang timbul.

Rangkaian Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle and Firming merupakan penyelesaian yang inovatif untuk melawan tanda penuaan secara jelas dan pantas dengan teknologi lapisan-demi-lapisannya.
Setiap titisan lembut daripada Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle and Firing menawarkan penjagaan khas bagi ketiga-tiga lapisan kulit. Dengan mencegah dan melawan kesan penuaan pada kulit, seperti garisan halus sekitar mata, kulit yang tidak bermaya dan kurang anjal, wanita kini mempu menyerlahkan seri mudanya.

Wah bestnya..tentu suami sayang bila isteri dia nampak cun.
Formulasi Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming dengan bahan-bahan yang unik termasuklah ekstrak dhill, beri hitam dan southernwood, yang melawan cela pada kulit yang bermula daripada punca masalah iaitu penuaaan secara intrinsik dan ekstrinsik.

Tak sangkalah pulak beri hitam ni boleh buat bahan alat kecantikan sebab selama ni duk tenguk orang buat makan ataupun guna dalam masakan/hiasan kek dan makanan.
Elastin lapisan bawah kulit yang hilang akan di pulihkan dengan esen beri hitam dan dill, yang turut memperbaiki struktur kulit dan mengurangkan kedutan dengan ketara.

Kelembapan yang cukup juga mengekalan keanjalan kulit yang sempurna dan bagi tujuan ini, ekstrak Southernwood dalam formulasi Neutrogena Ageless mengembalikan lapisan kedua kulit dan mengekalkan kelembapan, lantas menghilangkan kedutan dan mengembalikan keserian wajah yang gebu tatkala di sentuh.

Wow..wow...ni yang buat akak makin berminat nak guna ni.
Setelah dibuktikan dengan ujian klinikal, kulit kita ni mampu kelihatan berseri dan nampak muda yang nyata dalam hanya 4 minggu dengan penggunaan yang berterusan .

Tapi janganlah guna hangat-hangat tahi ayam, kejap pakai ..kejap tak pakai. Pastu salahkan pulak produk...kata tak berkesan.
Kalau gunakan secara berterusan selepas 8 minggu, 100 peratus daripada wanita tersebut bertambah baik dengan drastik pada kewujudan garis halus dan kedutan, manakala 75 peratus daripada mereka mendapati kulit mereka lebih anjal.


Lepas dah cantik dan muka dah anjal boleh kuruskan badan pulak..habislah kalau suami cemburu pulak nanti.
Harga yang ditawarkan memang setanding dan taklah mahal sangat pun, jadi cepat-cepat dapatkan rangkaian Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming di semua farmasi dan pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Memang produk ni sesuai untuk akak yang dah berusia ni, supaya nampak muda kan.
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Cleanser – RM34.90 (100ml)
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Essence – RM89.90 (30ml)
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Cream – RM69.90 (50ml)
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Lotion SPF 20 PA++ – RM69.90 (40ml)
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Eye Cream – 69.90 ( 15g)-krim mata yang mengembalikan keanjalan kulit pada sekitar mata yang sensitif.
Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming Tonic Water Lotion – RM34.90 (150ml). Losen air tonik bagi melembapkan dan menyegarkan kulit
Masing-masing sibuk mencuba Neutrogena Ageless Anti Wrinkle & Firming..semua sukakan baunya.
Sambil makan sambil menerai ..snek simple tapi semua sedap

sebelum pulang macam biasa tergedik-gedik ambil gambar dengan blogger yang hadir untuk kenangan.  Muka masing-masing happy sebab dapat gift dari Neutrogena

Geng yang baru beramas mesra dengan  madammondoq ,Nuurill  dan Nadia blogger first time jumpa.  Nanti jangan lupa bagi url yer..
Artis Nuffnang yang jadi rebutan cam #retis Anne Cheah
Blogger semua rasa gembira
Bila jumpa ashik gelak ketawa
Memang seronok gi ke sana
 Terima kasih Nuffnang dan Neutrogena

6 ulasan:

  1. Syok nya gi event

    jard x pegi ke kak?

    BalasPadam
  2. Kak Ina :)
    Ni Nuurill. Kawan Nadia. Alah yang kita sesat bersama-sama mencari masjid tu. hihi. Seronok betul dapat kenal dengan akak. Serius! :)

    Ni baru berkesempatan nak jengah blog akak. Memang matop!! :) Senang-senang jenguklah blog saya yer.. tapi saya x update lagi pasal event ni. Malam ni baru nak jumpa Nadia amik gambar from her.

    Ok Kak. Hopefully dapat jumpa lagi k. Take care :)

    BalasPadam
  3. Produk nie memang sesuai kalau NEUTROGENA nak jadikan akak sebagai testimoni yang berjaya....

    BalasPadam
  4. Hi kak Ina sayang..
    waduh2..baru skrang dpt komen blog kak ina yg meletops ini..

    dah dpt link Nadia ni,jemputlah bertandang ke blog picisan sy ye ;)

    Cant wait for this weekend..kita ber"treasure hunt" same2 ek..
    kak Ina mesti dah makin cun, dah ler baru pergi neutrogena aging session,lepas tu pergi maybelline make up workshop plak..gojes u!

    bye ;)

    BalasPadam
  5. bestnyer dapat g event...saya br jumpa blog akak yang best nih...keep it up..

    BalasPadam
  6. I try before one of this products

    namesherry.com

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...