OOO

Ahad, September 04, 2011

Resepi Biskut Twist Tart/Twist Tart Cookies

Akak ambil resepi dari SINI. Buat pagi tadi, sebab kukis yang cuma dapat buat kat umah cuma ada 3 jenis termasuk coklat chips.
Twist Tart Cookies
Bahan-bahan
250gm mentega
110gm gula ising di ayak dahulu
1/2 tsp esen vanila
200gm tepung red rose
100gm cornflakes / nestum di kisar halus
4 tbsp susu sejat Ideal (optional)

Hiasan :  Cawan kertas dan jam strawberry/blueberry


Cara-cara

1.  Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik berselang seli dengan susu sejat.  Gaul sebati.
2.  Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.  Keluarkan dan uli hingga lembut.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit menggunakan nozzle bergerigi bermula dari tengah cawan kertas.  Buat sedikit lubang di tengahnya dan letakkan inti jam.
4.  Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit atau hingga atasnya keperangan.
 *** Jika tidak menggunakan susu sejat, rehatkan selama 15 minit saja, dan terus paipkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.

2 ulasan:

  1. selamat hari raya kak..maaf zahir n batin. :)

    BalasPadam
  2. Tkasih kerana berkongsi resepi yg sungguh kreatif ini...semuga terus maju jaya dlm bidang ini, insyaallah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers