OOO

Rabu, September 28, 2011

Review Filem Libas

Teman blogger ajak gi tenguk movie ni minggu lepas, disebabkan ada jobs yang perlu di buat secara berturut-turut (alhamduliah rezek) langsung terlupa. Bila tenguk gambar kat folder baru teringat.
GENG LIBAS @ GENG TALIBARUT -Jejai dan  CIKLILY 
yang di apit oleh tekong kanan dan tekong kiri

 Terima kasih buat Jejai yang sudi bagi tiket kat kami semua.

Jomlah baca sinopsis filem LIBAS yang best ni.
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut.

Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal.

Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
Mula-mula macam tak best tapi bila tenguk adegan seterusnya terus 
tertarik nak menontonnya sehingga ke akhir cerita.
lakunan mereka berdua sebagai pemain sepak takraw dari 2 negara yang berlainan memang best.Adam Corie (pemain handalan dari Thailand) memang menjadi.  Kelakar tenguk aksi Fadzly (kumok) memang lakunan beliau terbaik walau pun tak fofolur

Bestkan tenguk video ni
Pendapat Akak
Filem yang merupakan filem sulung MDAG Marketing serta Pengarah dan Penulis Skrip memang patut di beri pujian sebab jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang hebat-hebat.
 
Kalau korang kata ianya macam shoalin soccer, tapi kata pengarahnya Jurey Latif tapi kalau kite tengok sampai penghabisan memang lain tetapi kita patut puji sebab inilah filem pertama yang menetengahkan elemen permainan tradisi masyarakat melayu iaitu sepak raga (sepak takraw). 

Skrip yang dihasilkan oleh Martias Mohd Ali memang menjadi. Lawak dan aksi pelakon dalam filem ini memang menghiburkan. 
Pelakon Rosyam Nor sebagai pelakun utama memang tak di nafikan kehebatannya tapi bila di ganding dengan Johan dan watak Kumok sendiri memang satu gandingan yang hebat.
Syarikat Penerbit :MDAG Marketing Sdn. Bhd
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Komedi, Aksi
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :29 September 2011
Durasi :100 min
Format :Hi-Def
Pengarah


Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Cerita Asal)


Lakonan:
:
(Pelakon Pembantu)
:
Raja Libas (Pelakon Utama)
:
Ratna (Pelakon Utama)
:
Hamadi (Pelakon Utama)
:
Megat (Pelakon Utama)
:
Kumok (Pelakon Utama)
:
Jurulatih Malaysia (Pelakon Utama)
:
Aek Mangkorn (Pelakon Pembantu)
:
Sukchai (Pelakon Pembantu)
:
Propchai (Pelakon Pembantu)
:
Jurulatih Siam (Pelakon Pembantu)
:
Hj Hasbullah Awang (Artis Jemputan)
:
Mamak (Artis Jemputan)
:
Mr. Wilson (Artis Jemputan)
Krew:
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengurus Produksi)

Akak memang penyokong kuat filem Melayu memang syorkan agar korang gi tenguk cerita ini. Akak bagi 4/5 sebab memang terhibur dengan jalan cerita yang dipaparkan.

Bermula 29 September 2011 (besok) ..jangan lupa gi tenguk ek..biar dapat juta-juta cam cerita melayu yang lain.
Sempat bergambar dengan hero Libas
Semua geng memang rasa puas hati dapat tonton dan jumpa pelakon LIBAS 
semasa pra tonton filem tersebut.

2 ulasan:

  1. Tengah tunggu green light nak pegi PC PK3 pulak..

    BalasPadam
  2. Gabungkan Shaolin Soccer dengan Mortal Kombat, but keep in mind yang ini filem hasil anak tempatan dan merupakan karya sulung MDAG = maka jadilah Libas…menarik sebab cam something new, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki (kakiwayang.com)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers