OOO

Sabtu, September 03, 2011

Semangat Kemerdekaan

Bila gi beraya pada hari Khamis lepas kat Sagil, Tangkak Johor ternampak pemandangan Jalur Gemilang  berkibaran di sini.
Entah berapa bilangan bendera yang di kibarkan tak taulah pulak.  Usaha yang dilaksanakan  ini sepatutnya dicontohi rakyat bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara bersempena  sambutan Hari Kemerdekaan ke-54

Dengan tema  1Malaysia : “Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”'sambutan hari kemerdekaan ke-54 tahun ini disambut dengan sedikit kelainan di mana ianya akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September depan. 

Hayati kemerdekaan tahun ini dalam kedatangan bulan syawal. Terlalu sukar untuk mentafsirkan apa erti merdeka dalam bulan ini. Namun apa yang penting ialah teruskan kekalkan keamanan, kesejahteraan dan juga janganlah kita lupa dengan pejuang-pejuang yang telah mengorbankan nyawa demi kesenangan generasi hari ini dan akan datang.
 

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    macam tengelam pulak merdeka tahun ini.....sebab raya...he he

    "TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
    (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam Rayamerdeka
    Perkenalkan: http://sembangberisi.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam..
    maaf kak sebab saya tak minta izin untuk letakkan link blog akak kat blog saya.. maaf.. jika akak tak izinkan, saya terima untuk remove.. insyaAllah..

    salam Eid mubarak.. dan salam ukhwah.. =)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers