OOO

Isnin, Oktober 17, 2011

Chocolate chips ala famous amos untuk pemenang contest


Bosan pulak ashik buat coklat chip yang akak buat jualan tu.  Kali ni akak nak hadiahkan pemenang contest akak coklat chip ala famous amos lah pulak.  Maaf sebab lambat buat sebab minggu lepas tak sempat.  Insyallah jika pos malaysia cepat boleh sampai dalam minggu ni.  Tungguuuuu yerrrrrrrr.....
Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips (guna beli kat kedai bakeri ajer)
  • 1/2 sudu kecil  garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut) -akak guna coklat jenama berly's
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (akak guna almond cincang)
  • 1 sudu kecil vanilla
Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, coklat (yg dah di parut) dan badam, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.
6. Bakar dalam 20-25 minit pada suhu 170 degree celcius bergantung kepada oven masing-masing.

9 ulasan:

  1. wah...bestnya...tumpang jamu mata aje ni... nak tapau pun tak ada bahagian... he hehehh

    BalasPadam
  2. seronoknya sapa yg dapat cookies nie...makan cookies ingat kak ina.. ;)

    BalasPadam
  3. wah mabeles dah resepi akak nih... nut & choc tu meriah... nak try lah nanti..

    BalasPadam
  4. Tak sabar nak merasa kukis kak Ina dan macaron tu. Tungguuuuuuuuuu.....

    BalasPadam
  5. kak saya copy paste ye...nak try buat yang ni sebab senang sukat pakai cawan je...halal ye kak

    BalasPadam
  6. akak ina memang pandai buat cookies!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...