OOO

Khamis, Oktober 27, 2011

Ikan Kerisi Masak Taucu

Akak tepek gambar ni supaya anak akak dan juga bakal menantu akak kenal dengan jenis ikan bila gi pasar.  Taklah macam adik ipar akak gi pasar, wife suruh beli ikan parang dia gi beli ikan timah..sabar ajerlah kan.
 teringat kisah Yana..dia beli ikan kat pasar di sana..tapi tak tau nama ikan ni ..pastu nak masak apa. Dia sms akak tanya mak nak masak apa ikan ni...ikan tu warna merah. Blurrr gak..takut ikan merah..Akak kata ambik gambarlah..buh kat fb..ooo rupanya ikan kerisi. 

Akak tergelak sebab dah besar pun tak kenal ikan lagi...ni sebab tak pernah gi pasar kat Malaysia.  Duk tempat orang kena masak dan beli barang dapur.
Akak masak ikan kerisi ni sebab tak ada selera makan.  Bila ada masak camni pastu makan dengan nasi panas..memang berselera makan.  Akak ambil resepi ni dari geng masak memasak Ummi kat Kuantan.

Bahan-Bahan
2 ekor ikan kerisi (bersihkan dan gaul garam + serbuk kunyit)
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - hiris 1 inci halia - hiris halus
1/2 biji capsicum - potong dadu-tak letak
5-6 cili api di tumbuk-akak tambah
1 biji cili merah - belah 4
1 biji cili hijau - belah
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - dadu
3 sudu besar taucu
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
1 sudu kecil gula garam

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan kembung secara deep fry hingga kekuningan. 
  2. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit lebihkurang 4 sudu besar. 
  3. Tumis bawang besar, cili api tumbuk, bawang putih dan halia.
  4. Kacau hingga cili naik minyak, masukkan taucu, air asam jawa, gula dan air.
  5. Letak ikan dan biarkan ikan mesra. 
  6. Tak perlu garam sebab taucu dah masin pun..(terpulang lah). Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Gaul rata dan tutup api.

6 ulasan:

  1. betul la kak...ikan kerisi mmg sedap msk tauchu, LM suka sgt2.

    teringat lak..masa br2 kawen dulu selalu tny hubby, camne beza ikan kembung dan selar..haha.selamat suami kenal.teruk kan saya.sekarang jgn kelentong ikan ngan saya...dah turun dapur br blajar kenal ikan.

    BalasPadam
  2. sesekali masak taucu ni sedap gak ye kak...terutama bila time demam2 sedap je tekak rasa masam2 skit...

    BalasPadam
  3. saya kalau ikan kerisi lebih suka goreng garing..mungkin sebab tulang kot!!

    BalasPadam
  4. lama dah saya tak makan ikan masak taucu...bila akak nak masak untuk kitorang ni

    BalasPadam
  5. hihihi.. teringat pulak kes kita yang tersalah beli 'daun sup dengan daun ketumbar' :D

    BalasPadam
  6. taucu mknn kegemaran. suke sgt.

    mai datang melawat blog sy. <a herf="http://zafneeshop.blogspot.com/2011/10/keunggulan-jus-vemma.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...