OOO

Jumaat, Oktober 28, 2011

Kerabu Ayam Yang Buat Air Liur Meleleh

 Teringin pulak tekak nak makan kerabu..check dalam peti sejuk ..tak ada manggalah pulak.  Tenguk ada daun pudina dan daun ketumbar dan bahan lain ada stok.  Buat ajerlah kerabu ayam.  

Resepi asal dari blog Nor tapi akak ubahsuai ikut apa yang ada kat umah. Akak tambah tomato dan kacang tanah.

Kerabu sedap di makan bila dah simpan dalam peti sejuk kejap.  Akak tenguk pun meleleh air liur..korang tak meleleh ker?

Bahan:
2 keping dada ayam
sedikit garam
sedikit  serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun

Caranya
  1. Perap ayam dgn kesemua bahan kesemua bahan sekejap. 
  2. Masak  atas frying pan dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Carik-carik dada ayam tadi.  Ketepikan.
 
Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus-tak letak
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula-akak tambah sedikit gula kabung
1 biji limau nipis ~ diambil airnya-akak guna jus limau kasturi dalam 2-3 sudu besar
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
akak tambah-
kacang tanah yang telah di sangai
1/2 biji tomato yang di potong dadu

Caranya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Kacang tanah  dan cili serbuk kasar letak masa nak makan baru terasa keranggupannya dan kepedasannya.
  4. Perapkan seketika dalam peti sejuk,  baru lah dihidangkan.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers