OOO

Selasa, Oktober 25, 2011

Kisah Mak Ganti Kanta Mata

Pagi lagi dah keluar hantar mak ke Hospital Selayang nak buat mata mak sebab mak kena sampai sana sebelum pukul 7.30 pagi. Mak kena ganti kanta mata disebabkan kat mata mak ada katarak. Dulu mak dah pernah buat sebelah mata kat Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Bila mak sampai kat sini kami kena tunggu sehingga pukul 8.00 lebih baru mak  di panggil masuk ke wad menunggu.  Cantik tau wad ni cam kat hospital swasta. 

Nak buat kat hospital kerajaan kena ambil masa yang agak lama.  Mak mula check kat Klinik Kesihatan Gombak dan selepas tu terus di rujuk ke sini.

Dari bulan Febuari..setiap 2 bulan mak akan ke sini nak check tahap kesihatan mak, mula-mula mereka bekalkan ubat mata sahaja.  Mereka check gak tekanan darah dan juga paras gula sebab mak ada penyakit kencing manis.

Bersama mak ada 18 orang ..ada yang buat laser dan ada yang tukar kanta.  Sebelum buat kena beli kanta di farmasi harga RM700 dan kena bayar lagi RM103 pagi tadi sebab anak-anak mak tak ada yang kerja di pejabat kerajaan. Kalau sape yang ada anak kerja gomen foc lah.   Nasib mak agak baik sebab jadi orang pertama yang masuk ke dewan bedah.
 Sementara menunggu mak masuk ke bilik bedah akak sarapan dulu di cafeteria di sini.  Terperanjat sebab harga makanan kat sini murah sungguh.  Bila pergi semula ke katil mak masih tak keluar lagi ..akak duk kat ruang menunggu.
Memang puas dengan layanan staff kat sini dan kemudahan yang disediakan memang memuaskan hati.  Siap bagi makanan kat pesakit yang menunggu.  Ada pesakit yang tak ada masalah pun..mungkin nasib mak jadi macam tu. 
Dekat pukul 11.00 pagi baru mak sampai semula kat katil pesakit.  Mak kata kali ni memang ada masalah nak masukkan kanta tersebut ..naik letih mak kena tahan nafas...akhirnya kena gak jahit kat mata disebabkan masalah tersebut.
Alhamdulliah mak boleh balik tapi esok kena pergi lagi ke wad mata..doktor nak check lagi tang jahitan tu.  Minta-minta mak tak ada apa-apalah.

Siapa yang tak mampu nak buat lasik/ganti kanta kat hospital swasta bolehlah ke Hospital Selayang.  Harga tak mahal dan selesa pula.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    moga emak kak ina cepat sembuh

    Wassalam

    BalasPadam
  2. semoga mak kak ina cepat sembuh...

    BalasPadam
  3. harapnya sume baik2 ajer..good for ur mum kak ina..

    BalasPadam
  4. fiza doakan mak akak cpt sembuh :)

    BalasPadam
  5. semoga mak akak cepat sembu yer...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak ina, moga mak kak ina cepat pulih...

    BalasPadam
  7. seriau bila sebut jahit di mana2 badan pun hehe .. moga mak kak ina cepat sembuh , amin ..

    psstt : dah buat 2 entri tapi review belum , http://puanbee.com/jumpa-blogger-hebat-di-movie-screening-apa-tengok-tengok/

    http://puanbee.com/sinopsis-filem-apa-tengok-tengok-27-oktober-2011-di-pawagam/

    BalasPadam
  8. Semoga mak kakin cepat sembuh.. ayah mertua saya pon mata dah mula ada ketarak.. ingat nak suruh gi check awal2.. senangkan takut lambat2 lagi byk masalah nanti

    BalasPadam
  9. semoga mak kak ina cepat sembuh seperti sediakala :)

    BalasPadam
  10. Terima ksih byk 2 utk Kak Ina kerana kiriman kukisnya dah sampai.

    Semoga mak Kak ina cepat sembuh.

    BalasPadam
  11. kalau laser untuk rabun pun boleh buat kat hosp selayang ni ke,awak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers