OOO

Ahad, Oktober 30, 2011

Makan Apa Di Kuching Sarawak?

Seperti yang akak ceritakan dalam N3 terdahulu di SINI, SINI dan SINI akak ashiklah gi tapau makan kat Restoran RJ Ayam Bakar di Jalan Abell ni sebab tempe, tahun, sambal, kicap dan ayam bakar/ayam goreng memang sedap.  
 Siap ada ulam raja lagi bersama timun dan kobis.  Harga yang ditawarkan memang berpatutan.  Air pula akak beli kat supermarket dan 7E sebab jejalan boss besar tak ikut, kenalah belanja berhemat.
Ada sekali akak beli ikan bawal kat Restoren yang sama tapi rasanya kurang umphhhhh.
Akak makan gak kat restoren makanan segera Marrybrown dan KFC di dalam sebuah shopping complex berhadapan dengan Waterfront..al maklumlah kanak-kanak riang (Firdaus dan Imran) lebih gemar makan kat tempat macam ni.
Kudapan sarapan makan pagi  di Little India..makan bersama roti canai kat salah satu restoren kat sini
 Orang kata kalau nak makan malam boleh ke seberang Sungai Sarawak.  Kat Waterfronts pun ada tapi harganya mahal sikit. Kena naik sampan jika nak ke situ dengan menaiki sampan pada harga 50 sen sahaja seorang sehala(tiada jeket keselamatan).  Kat situ banyak perkampungan Melayu yang menjual kek lapis sarawak yang fofolur (nanti cerita yer)
Fuhhhh rasa seram naik sampan ni..teroleng-oleng rasanya..al maklumlah badan besar.  Nasib baik 5 minit dah sampai.  Nasib baik naik dan turun sampan ni ada tempat yang kiranya memuaskan.
 Kat sini memang banyak pilihan makanan ala Sarawak.  Kiranya semua adalah kat sini
 Tak payahlah nak gi ke merata tempat nak rasa masakan Sarawak.  Ada macam-macam makanan yang ada di sini.  Nak makan western pun ada juga dan harga taklah mahal sangat pun
 Akak beli air kat sini...sedap wei..harga dalam RM3.00-RM4.00 sahaja
 Akak makan mee kolok goreng dan 
 air jagung laici susu.  Memang sedap air ni..puas hati..banyak pulak tu.
 Akak beli kat sini..nak berkuah atau nak goreng pun ada kat sini
harga dalam RM4-RM6
 Perut dah kenyang taklah boleh rasa laksa sarawak
 Firdaus makan nasi goreng kambing.  Harga RM9.00. Imran makan nasi ayam, tak sedap..tapi beli kat kedai lain. 
Sebelum balik naik sampan semula  kenalah posing dulu kat medan selera berlatarbelakangkan sungai Sarawak.  Masa nak balik dah gelap, ada orang bagi tau kalau boleh jangan balik lambat sangat ke Waterfront sebab kawasan tu tak selamat.  Akak pun kelam kabut balik sebab takut punya hal.  

Masa nak naik sampan cuaca gelap, tak perasan terlanggar tunggul tempat pengikat tali sampan.  Langsung terduduk kat atas lantai....Firdaus dan Imran yang dah naik dulu dah jerit..MAKKKKKKKKKK...wah sayang gak korang dengan mak ekkkk..Akak kata..tak ada apa-apalah..

Malu gak dengan penumpang dalam sampan..tapi tak apalah benda dah nak terjadi.

Alhamdulliah ..nasib baik tak jadi apa-apa..cuma sakit ajer kat belakang..terhentak cam nangka busuklah katakan.. Bila masuk dalam sampan, akak duk kat sebelah  sepasang omputih.  Dorang perihatin dan  tanya...
are u ok...any problemm ...

akak sengih...ohhhh okkkk no problem...sambil tersipu-sipu...pastu tergelak-gelak sampai kat seberang sana dan borak jap dengan omputih pempuan tu.  Sampailah kat Waterfront tu akak masih lagi pot pet dan gelak-gelak dengan mereka.  Akak cepat-cepat balik semula kat hotel sebab takut jika ada perkara buruk terjadi nanti kat situ.

Hai..hai..gelaklah bila ingat balik kejadian kat situ. Kiranya ada gak kenangan lucu yang terjadi kat sini.


9 ulasan:

  1. salam kak ina...naik sampan tu berapa harga dia..kalau nk beli kek lapis kat mana yg bnyak n murah? hihihi next month dh nk g sana..xcited pulak...

    BalasPadam
  2. Dah lama tak turun Kuching. Sedare dan kengkawan ramai kat Kuching. Memang naik Sampan ni ada adventure ikit..hehe..Sedare ramai kat seberang tuh..kat kampung boyan, Kampung Lintang..really missed kuching. Kat sinilah eden bertemu jodoh..hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak Ina

    itu hari tak sempat nak makan kat seberang tu...cuma beli kek lapis ajer

    Wassalam

    BalasPadam
  4. pepagi hari nengok gegambo mknan haruslah masak megi dlm mimpi nnti...ahahaha

    BalasPadam
  5. Saya kalau pagi2x suka bekfas mee jawa + sate dan nasi himpit... kalau malam layan mee kolok jee

    BalasPadam
  6. sy dh makan nasi goreng dabai kt sana,, perhhh baru sesuap mulut dh xleh makan, rupanya nsi goreng tu mmg masin, mmg x boleh makan makanan org sana, tp RJ ayam bakar tu best, tp agak mahal sikit..rsa nak pg lg serawak, org sana baik2.. :0

    BalasPadam
  7. Jagung laici susu....slurpppp! Sedapppp

    http://maksue.blogspot.com


    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...