OOO

Sabtu, Oktober 22, 2011

Nasi Lemak Hijau











 Geng masak-masak memang dah lama   dah sibuk kena virus nak masak nasi lemak hijau ni...tapi akak tak terjangkit pulak.  Baru pagi ni teringat nak buat untuk sarapan.

Resepi asal dari Mat Gebu dan beliau dapat resepi ni  dari "Amy Beh", tapi dah dimodifey sikit oleh dia.  Kalau dapat makan dengan sambal tumis sotong kering memang terangkat ni.  Akak cuma buat sambal tumis ikan bilis ajer.

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan
1 biji kelapa diparut-akak guna santan kotak
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*-guna 4 helai ajer
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
akak tambah sedikit pewarna hijau pandan

Bahan Sampingan :-)
Sambal tumis ikan bilis
Hirisan timun
Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng-tak buat pun
Telur dadar-rebus telur ajer

Cara membuatnya :-)
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!
Jom tenguk apa ada kat sini http://bit.ly/nv8UVC , http://bit.ly/pXe9Fe , http://bit.ly/nU0AcO dan http://bit.ly/oPWbWO

9 ulasan:

  1. sedapnyaa

    tp pg tadi dah makan nasik biru (kerabu)...hehe

    BalasPadam
  2. sedapnyer..

    jumpa akak kat curve hari rabu hari tu.. tapi akak busy dok borak2.. teringin nak tegur akak.. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Eeeeeee nak try buatlahh! :)

    BalasPadam
  4. sedapnye nampak aunty!ble aunty tag mat gebu terigt plk mase event ari tu kwn2 sy dok asik tanye mat gebu x join ke?hehe

    BalasPadam
  5. sedapnye nampak aunty!ble aunty tag mat gebu terigt plk mase event ari tu kwn2 sy dok asik tanye mat gebu x join ke?hehe

    BalasPadam
  6. wow! menariknya.... warna hijau pandan...sedap sangat nampaknya, tq for sharing...

    BalasPadam
  7. nak amik resepi ni, nak try buat jugaklah.... thankz kak ina

    BalasPadam
  8. thanks for the recipe..nnt nk cuba buat..pelik jugak ni nasi lemak kaler ijau...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers