OOO

Isnin, Oktober 10, 2011

resepi siput sedut masak lemak cili padi

Imran sibuk kata...mak dah lama tak makan siput lah..

Mak dia pun merajinkan diri gi ke pasar tani greenwood sebab nak tunaikan hasrat dihati.  Tapi kali ni tak beli keladi, tak ada orang nak makan.  Suami ajer yang suka.  Paling malas nak buang hujung siput ni.

Bahan-Bahan
1 kilo siput sedut
20 biji cili api-nak pedas tambah lagi
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang daun kunyit
1 kg  santan (11/2 biji kelapa)akak jarang asingkan yang pekat dan yang cair.
Garam secukupnya
2 asam keping

Cara-cara


1. Bersihkan siput setelah di potong hujungnya.(stail akak berus, rendam dengan garam dan letakkan cili api yang telah di potong. 
2. Biarkan dalam 20-30 minit..barulah di bersihkan.
3. Tumbuk ciliapi, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan  cair dan gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta santan pekat.
7. Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api. Sedia untuk di makan.


 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

 Tolong bagitau kawan-kawan yer

9 ulasan:

  1. sedap nye tp selalu fail nk keluarkan siput dia sb x pndai sedut.huhuhu

    BalasPadam
  2. makanan 'ruji' masa kecik2 dulu.
    mmg sedap.

    BalasPadam
  3. Lama tak makan ni kak ina, sedapnya..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    puas menyedut ni....he he

    Wassalam

    BalasPadam
  5. best woooo makan nih.. kat kampung wife selalu masak lemak ni atau masak sos tiram...

    BalasPadam
  6. bab siput ni...memang tak tahan ..... kena gi cari tengahari ini ...

    BalasPadam
  7. sedapnya..saya suka makan siput sedut time puasa.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...