Ahad, Oktober 23, 2011

Review: Musikal Teater The Secret Life of Nora Di Istana Budaya

Malam tadi akak gi tenguk theater ‘The Secret Life of Nora’ kat IB.  Mula ditayangkan pada 29 Sept yang lalu, oleh sebab dapat sambutan hangat ada tayangan tambahan pada 20-22 Oktober.

Akak dapat tiket pada awal tayangan dari Redmummy tapi disebabkan ada hal yang tak dapat di elakkan akak tak dapat pegi.
 Mungkin ada rezeki nak tenguk ada pulak geng dari myChef iaitu Encik Fairuz dan Ms.Ina yang sudi bagi tiket free kat akak malam tadi.   Puas akak pujuk hb suh pegi sama tapi dia tak mau sebab dia tak minat duk dalam ni sampai  1-2 jam.  Akak ajak adik ipar gi sesama.

Walaupun malam tadi merupakan hari terakhir tapi boleh di katakan semua tempat duduk penuh.
The Secret Life of Nora adalah cerita mengenai  kisah hidup seorang penyanyi kelab malam, Nora (Tiara Jacquelina) yang berkhidmat di 'Kelabu Malam Theater'. Nora dapat tawaran untuk menjadi pelakon  melalui satu ujibakat. Sebenarnya, ujibakat tu adalah taktik dari satu agen perisikan untuk merekruit Nora menjadi perisik. 

Nora yang tak tau apa-apa ni telah bersetuju menerima tawaran tu yang dikendalikan Farouk (Tony Eusoff) dan Roger (Ryan Silverman). Actually kedua-dua lelaki itu adalah agen perisikan antarabangsa, MI5. Kehidupan Nora juga ditemani oleh pengurusnya, Khatijah (Adibah Noor) dan rakan baiknya Betty (Stephanie Van Driesen).

Then, bila rahsia sebenarnya yang Nora dilatih menjadi perisik terbongkar, timbul dilema dalam diri Nora.  Masa yang sama dia telah jatuh hati pada agent Roger. Keadaan makin rumit apabila rakan baiknya, Betty telah diculik oleh sindiket Mr J (Aznil Hj Nawawi) hasil muslihat Sharif (Aaron Khalid). 
Lagu-lagu yang di persembahkan dalam teater ni memang menghiburkan terutama dalam babak romantik di antara Nora dan Roger.  
Lakonan Mamat Khalid (walaupun cuma kat video ajer) sebagai (agent Hong kong) memang kelakar. 
Kreakter Khatijah (Adibah) memang menjadi membuatkan penonton ashiklah tergelak bila beliau menyebut perkataan lucu dan ini membuatkan penonton sentiasa menunggu bila muncul.

Manakala lakunan Aznil memang tak di nafikan kehebatannya, beliau  yang muncul di bahagian ke 2 menjadi Mr J yang tak boleh menyebut perkataan R..Nora jadi nowa, raub jadi woub memang kelakar sungguh. Tapi sayangnya Pak Nil muncul sekejap sangatlah.
Adik ipar yang first time tonton teater merasa teruja sebab dapat jumpa artis.   Akak..erhmmm tukang ambil gambar ajer
Kostum semua pelakun memang cantik sungguh. Gambar di akhir cerita..curi-curi ambil ..tapi tak cantiklah pulak
Bersama isteri  sebenar geng blogger Jejai (Fasha Sandha tu girlfriend dia)..
sekejap jumpa sekejap hilang ..mereka berdua ahsik berdating dan ambil gambar.
Tahniah buat Datin Seri Tiara Jacquelina  dan barisan pelakon Musikal Teater The Secret Life of Nora ..akak bagi 9/10.  Memang menarik persembahan yang telah dipersembahkan. 

p/s terjumpa gak geng blogger tapi tak sempat ambik gambarlah pulak 

10 ulasan:

  1. Best lah dapat tonton teater,..:))

    BalasPadam
  2. Setiap kali Tiara kuarkan hasil karya, tidak pernah mengecewakan, kan? Dia memang berbakat.

    BalasPadam
  3. bbestnya kak dpt tonton teater.. bila lah gamaknya nak masuk TV ya teater NOra nih.. menarik sangat dgr dr review blogger yg lain..

    BalasPadam
  4. Ina... dah plan ngan anak nak pergi...tapi tak dptlah pulak...cik abang tu balik sini...hehehe

    BalasPadam
  5. Alamak Ina... terkomen guna profile anak anie pulak dah...ahaah

    BalasPadam
  6. alaaa kakina..frustnye x dpt gi!!

    BalasPadam
  7. hasil tangan tiara memang terbaik..

    BalasPadam
  8. Hurmm....skang nie tiara memang fokus teater muzikal je kot rasanya....

    BalasPadam
  9. akhirnya akak dapat tengok gak ye..

    BalasPadam
  10. besh..besh... pak nil n abg mamat tuh sungguh memberi kesan wataknyer even muncul kejap ajer...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers