OOO

Khamis, Oktober 27, 2011

Sinopsis Filem Apa Tengok-Tengok

Sebelum tenguk filem ni akak beramas mesra dengan Sha, juenita tetikusrusak , puanbee dan  ciklilyputih . Ketiga blogger ni first time jumpa.
apa tengok tengok poster 

Pengarah: Roy
Dipawagam: 27 Oktober 2011
Genre: Muzikal Aksi Komedi

Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang Pengetua yang bernama CIKGU ZAABA, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Johor Bahru yang mempunyai masalah disiplin.
Lapan pelajar itu yang masing-masing membentuk sebagai dua kumpulan diketuai oleh SHARIFF KHAN yang merupakan anak golongan sederhana dan satu lagi kumpulan pula diketuai oleh AHMAD DANIEL DATO DANI, anak orang berada.
Pertelingkahan mereka bermula apabila kumpulan DANIEL bertembung dengan SHARIFF yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya iaitu motosikal Vespa. Mereka mempersenda dan memalukan SHARIFF. Perbuatan tersebut akhirnya mengundang dendam antara SHARIFF dan kumpulan DANIEL.
Kenakalan mereka bertambah lagi dengan kehadiran ADRIANA sebagai pelajar baru di kelas mereka. Kumpulan SHARIFF mengenakan ADRIANA dengan menghadiahkan sejambang bunga dan memintanya untuk memberikan kepada DANIEL dengan alasan ianya sempena harijadi DANIEL sedangkan mereka sebenarnya mahu melagakan ADRIANA dengan DANIEL.

Namun satu insiden telah berlaku apabila SHARIFF hampir ditembak oleh BROTHER JOE iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjaya. Kejadian itu menyebabkan SHARIFF dan rakan-rakannya berkenalan dengan BROTHER JOE dan bersetuju untuk bekerja sebagai penghantar barangan kesihatan kepada pelanggan BROTHER JOE demi impian mereka untuk membeli peralatan muzik mereka sendiri. Tetapi akhirnya mereka menyedari barangan tersebut adalah dadah.
 Starring: Iqbal Mazlan, Grace, Chomatt Samad, Aaron Roa, Pratip. Penampilan Istimewa : Datuk Jalaludin Hasan, Datuk David Arumugam, Sathiya, Zulkifli Ismail & ramai lagi

Written By Roy
Produced by Venture Hills Film Production

Sesuai untuk anak-anak muda yang bersekolah menengah..sebab selalunya mereka ni memang suka membuat perkara-perkara yang negatif sebab darah muda. Filem ni tentang kisah remaja yang tak puas hati dengan guru dan juga rakan sebaya. 

Tapi hairanlah juga bila budak sekolah menengah boleh warnakan rambut dan budak perempuan tak yah ikat rambut kat sekolah.  Walaupun begitu ada gak nilai-nilai positif dalam filem ni. 

Oleh kerana banyak pelakun baru kebanyakkan mereka gagal membawa watak masing-masing walaupun temanya agak bagus.  Banyak kelemahan yang boleh di perbaiki dan di dalami jika mereka ingin berjaya dalam bidang perfileman.

Jujur akak mengaku tak lama lepas tu akak tertidur mungkin di sebabkan kedinginan dan mengantuk.

camner nak buat review ek kalau tak tengok keseluruhan filem n?

camner nak komen sebab tak tengok habis filem ni?

bila sedar ajer keluar pelawak Sathiya dan geng budak sekolah masuk pertandingan nyanyian kat Kuala Lumpur. Rasanya inilah filem Melayu yang terpanjang/lama yang akak pernah tonton di panggung.  Dekat 2 jamlah.


Firdaus kata cam cerita omputih...ala tajuk muzikal tu..filem omputih yang ada joget-joget dan menyanyi (aisehhhh lupalah pulak)

Korang gi tengok ajerlah filem Apa Tengok-Tengok ni yer..

6 ulasan:

  1. Hahaha3.. kalau dah tertidur tuh maknanya boring la tuh.. hehe3

    BalasPadam
  2. hehe bee pun tk tengok habis .. lawak lah masa tengok pun duk layan baby je ..

    BalasPadam
  3. oho 'high school musical' tp versi fail lah..eheheeh.. depa tnya,"apa tgk2?" ngan akak so x bagi tengok akak tito laa kan? bukan salah ahkak ina...

    BalasPadam
  4. haha...sama la cam review saya... cam tak paham cite ni..dah la panjang sangat...nasib baik time majlis tu takde staff dia yang tanya, 'apa pendapat anda tentang filem ini?'..kalau tak, memang tatau camne nak jawab...haha...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...