OOO

Ahad, Oktober 23, 2011

Sup Ikan Jenahak Power

Ambil resepi dari blog  Mat Gebu lagi. Mula-mula agak hairan apa sebab dia letak daun pandan dalam sup ikan.  Tak pernah di buat oleh orang.  Pelik kan..kalau korang nak tau camner rasanya sup ikan letak daun pandan korang mesti cuba resepi ini yer.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan-tak letak pun bawang goreng sbb malas
  •  
  • BAHAN2 REMPAH:-
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*-akak tak letak kunyit hidup
  • 1 camca teh lada hitam*
  • 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah sup "Adabi"
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bahan2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    belum pernah rasa sup yg letak daun pandan lagi...

    Wassalam

    BalasPadam
  2. saya ni kalau sup memang peberet...:)

    BalasPadam
  3. en. abah pun suka ikan jenahak ni. tapi slalunya sy goreng aje, cicah ngan cili potong+kicap

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers