OOO

Selasa, November 22, 2011

Bila Puan Doktor Bertanya Buat Blog Boleh Dapat Duit Ker?

 Balik dari event myChef hari Rabu lepas akak gi ke klinik sebab badan dah berhari-hari rasa tak sedap..pastu rasa cam nak pitam selalu.

Bila akak cerita  pasal akak selalu berpeluh dan kepala berpusing..doktor tanya..kenapa? akak sibuk ker?

akak jawab..sibuk berbloglah doktor...boleh ralit duk depan pc..

nak tanya ...orang kata buat blog boleh dapat duit ker?

memang boleh dapat duit...tapi kan kalau niat buat blog nak dapat duit memang payahlah ..sebab saya dulu berblog suka-suka sahaja..duit tu datang kemudian..lagi satu kena daftar dengan Nuffnang.

Boleh tak ceritakan pasal camner boleh dapat duit dari Nuffnang?
Alahai susah nak ceritalah ..ni url saya..nanti doktor bacalah yer.

Tulisan ni taklah 100% yang akak cakap dengan doktor tu..akak ubah ikut citarasa akak..janji maksudnya sama.
tak banyak sangat dapat RM kalau Kempen CPC ni..

1) Kempen CPC 
( iklan yg selalu sgt digunakan individu yg tidak bertanggung jawab kononnye utk merujuk kpd “sesuatu”-back link tipu)

Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan.  
Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung.

 kalau dapat BE-loaded gak klu uv@trafik tinggi (blog lagi satu dpt skt ajer sebab trafik tak tinggi macam blog yang ini)

2) Kempen CPM
(ini yg dipanggil BE-Buffered Earning@ Pendapatan tertumpuk)

Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. 
Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang “Buffered Earning” adalah sangat cerah!

Artikel Tajaan ni di panggil juga sponsored post. Kalau kat atas atau bawah N3 tulis sponsored post makna dorang dapat jumlah wang yang agak besar gak aaa.

Selalunya pengiklan yang pilih blog mana dorang nak suruh review/promote pasal barang mereka.

Blogger fofolur cam Redmummy dan Beautifulnara memang boleh kaya kalau dapat..akak kena tempias pun kira oklah.

Tak boleh tunjuk berapa bayaran yang akak dapat..rahsia besar tau..tapi memang kalau dapat memang berbaloi-baloi.

p/s Mintak-minta puan doktor fahamlah gamaknya. Ingat yer puan doktor, jangan ingat duit dulu tau, buat suka-suka dan update lah hari-hari baru boleh berjaya.

15 ulasan:

  1. harap dapatla jadi mcm akak satu hari nanti..

    BalasPadam
  2. xblh pentingkan duit semata2 kan

    seronok dunia blog ni,cume kena pandai2 bawak diri juga dlm duni blog ni

    BalasPadam
  3. best laaa dan kencang akak punya BE.. sebab trafik tinggi.. :)

    BalasPadam
  4. mokwo pun suka2 jugak berblogging...tak pernah terfikir nak duit...tapi kalau dah ade yang nak bagi...apa salahnya berusaha!

    BalasPadam
  5. nak jadi macam kak ina juga...bila agak nya....

    BalasPadam
  6. cute je yer akak promote blog kat doktor tu,hehe...

    BalasPadam
  7. jelous tengok BE tu kak bagi saya separuhlah.. hehehe

    BalasPadam
  8. alamak tak tunjuk le pula berapa dapat bagi iklan tajaan, mesti lumayan ni

    BalasPadam
  9. Nak tanya kak mula2 nak masukkan Nuffnang tu cam ner? Yg dia htr melalui email ke?

    BalasPadam
  10. wow... be saya cuma 6 hengget je paling tinggi.. bila la nak capai puluh2 ratus2 nie... pas tu sponsored post tu cam na akak boleh dapat... ala rasa dah bengang dah mencuba..

    BalasPadam
  11. be saya belum pernah lagi lebih pada rm 5/- sob sob sob...tp sy tx kisah... sy berblog utk suka suki aje..

    BalasPadam
  12. Whooaa.... golongan profesional pun bagus sebenarnya kalau diorang nie blogging ....sbb boleh share maklumat dan pengetahuan..... p/s:Lega saya setelah DUA HARI blog DOWN...

    BalasPadam
  13. waa...nak fingsan tngk satu BE pun akak leh cecah smp RM3++. takper2..bak kata kak ina..blog suka2..duit dtg kendian..hehee

    BalasPadam
  14. kalo la puan doktor baca n3 ni, Puan Doktor bagus gak kalo ada blog..sambil menulis suka2 boleh educate masyarakat ttg kesihatan...saya org terawal nak gi terjah ni...hehee

    BalasPadam
  15. pingsan tuh sy tgk amaun...hahahah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers