OOO

Selasa, November 15, 2011

Kung Pao Chicken-Dah Lama Tak Buat

Dah lama sungguh tak buat kung pao chicken ni.  Bila Ira dah bercuti baru akak buat petang semalam.  Dorang cuma makan ayam ajer..akak pulak tak suka ayam suka kacang gajus dan cili banggala merah tu.

Tak kisahlah kan janji habis licin

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Perap dan  biarkan 1/2 jam atau 1 jam dalam peti sejuk.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus - kalau suka tambah lagi
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....

11 ulasan:

  1. Kak Ina..ya Allah sedapnye *telan air liur*
    kena try resipi kak ina lah!!

    btw,akak ku..meh lah join GA adikmu yg blogger picisan ni :

    http://mommynadia.blogspot.com/2011/11/fabulous-motherhood-smart-beauty.html

    BalasPadam
  2. thanks for the recipe. x tau dh nak msk apa bila sampai kat ayam=="

    BalasPadam
  3. sedapp..dah byk kali buat ikut resipi yang ini...

    BalasPadam
  4. ada satu kedai belakang umah saya kat taman sri bolton, ada masakan cina. saya pernah order menu nih... memang sedap

    BalasPadam
  5. kak ina masak pe ajer, kompom sedap..nyumyy!:-)

    BalasPadam
  6. Ina... okay jugak sesekali tukar resepi masakan ayam ni...selalu goreng...masak kari...masak cili padi...nak jugak tukar selera...tq

    BalasPadam
  7. http://wanwidget.com/
    x pernah lagi makan makanan ni, tp nmpk menarik

    BalasPadam
  8. first time dengar, first time tengok. sah2 la tak pernah makan saya nih.
    tapi nampak macam sedap. kat kedai melayu confirm takde ni kan akak, kena masak sendiri la if nak merasa.

    BalasPadam
  9. selalu buat nih kak...resipi pun ambik kat sini gak tapi skip capsicum tuh bebudak tak suka huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers