OOO

Selasa, November 22, 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tengas

Wah ramai yang gembira bila Malaysia dapat membenamkan Indonesia malam tadi.  Imran dan Firdaus gi lepak kat kedai mamak kat Gombak bersama adik sebab nak rasa feel tenguk reramai ..bila Malaysia menang dorang ketuk meja sampai ada gelas/cawan yang pecah...mamak pun tak boleh buat apa dah.. Tahniah kepada mereka.
 ikan tengas (kredit google)
Ikan tengas ni akak beli kat Pasar Pagi Greenwood...bila tanya harga satu kg RM40.00..kata penjual tu ikan ni no 2 paling mahal , ikan kelah no satu.  Beli yang kecik ajer baru RM20.00..kena rembat cepat sebab ada 2 ekor ajer, akak beli sebab ada makcik tu kata kalau masak sisik ikan ni pun boleh makan. 
Bila dah masak memang betul sisik ikan ni boleh makan..lembut dan kenyal ajer rasanya.

Cara-caranya
1 ekor ikan tengas
2 batang serai-ditumbuk hujungnya
2 helai daun kunyit, disiat2
600 ml santan cair
200 ml santan pekat
8 - 10 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam secukup rasa
15-20 biji cili padi kampung-boleh tambah jika suka
1 inci kunyit hidup
sehelai daun kunyit-di siat-siat dan simpulkan
secekak pucuk ubi-ambil pucuk dan rebus dengan garam dan toskan

Cara-caranya
  1. Ikan tengas  disiang tanpa buang sisik cuma bersihkan pastu perap dengan garam dan cuci sedikit jus limau kasturi selama 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Ketepikan.
  2. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan garam.  Masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan serai  yang telah di titik dan santan cair kacau dan tunggu hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan tengas dan tambah santan pekat. Bila dah mendidih  masukkan pula daun kunyit, pucuk ubi yang telah di rebus dan masukkan  garam secukupnya.
  5. Biar mendidih perlahan  dalam 10 minit dan tuang jus limau kasturi dan biarkan mendidih lagi  sambil di kacau perlahan.
  6.   Rasa garam dah rasa ok baru di padamkan apirasa dan jika ok boleh matikan api
Beli gak ikan haruan ikan keli sungai..memang berbeza dengan rasa yang di bela dalam kolam

Kalau nak tau tentang ikan tengas baca kat sini

3 ulasan:

  1. Ikan haruan,teringat master chef hehe

    waaa sampai pecah cawan,hihi xcited

    hari tu malaysia lwn myanmar saya ade gi tgk kat mamak,bingit tapi happening la hehe

    BalasPadam
  2. ikan ni ada tulang tak kak ina..maklumlah saya ni buta skit pasal ikan2 ni..hehe.

    BalasPadam
  3. tentu sedap ikan tengas tu...dengar je nama, nampak rupanya dalam gambar, tapi tak pernah makan!..sebab tak jumpa lagi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers