OOO

Ad

Khamis, November 03, 2011

mY nuFFnaNG StOry

Sejak berhenti kerja dan anak-anak dah mula bersekolah rasa boring pulak ashik duk rumah.  Mula-mula takut nak usik pc sebab takut meletup.  

Mula-mula buka blog pada 11hb. Mei 2008 sajer suka suki sebab akak suka bercerita tentang family, jalan-jalan dan berkongsi resepi.

Pada 9.12.2008 baru akak berdaftar dengan Nuffnang.  Sejak tulah akak suka join contest dan komen kat blog Nuffnang sebab nakkan hadiah dan tiket wayang.

Mula-mula yang buatkan akak teruja join Nuffnang sebab ashiklah dapat tiket wayang free.  Seronok sebab boleh berkenalan dan berjumpa dengan blogger sambil tenguk wayang.
Pertamakali dapat jemputan gi event best pada 14hb. Ogos 2009 ..masa tu begitu teruja jumpa blogger hebat seperti Redmummy, Oh Bulan, Pnut dan Beautifulnara.
Walaupun mereka fofolur mereka tak sombong dan suka bagi tip kepada kami yang baru belajar berblog.
Akak memang tak kuasa nak meredah konsert ataupun bila artis buat persembahan sebab tak suka sebab kena himpit dek orang ramai.


Tapi bila join event Nuffnang akak rasa seronok sebab tak pernah mimpi boleh jumpa artis kat event tu. Tak yah berebut-rebut dengan orang ramai bila nak ambil gambar.
Staff Nuffnang yang cun, handsome dan peramah...
miss u Robb
Melalui event Nuffnang juga akak dapat berkenalan dengan blogger yang lain yang cuma kenal di blog sahaja.  Bila dah berjumpa kebanyakkan kena sawan kamera.  Ashiklah snap sana dan snap sini.
Ada juga blogger yang shy shy cat...kalau shy shy cat ni payahlah sikit kan nak pot pet pot pet.  Ada blogger yang akak jumpa ni masih rajin berblog dan ada yang dah terkena virus M.
Belajar makeup dan kenal produk kecantikan...
dah tua baru belajar ni semua
Walaupun tak banyak tapi akak happy sebab mula-mula niat berblog cuma untuk berkongsi macam-macam perkara.  Tak sangka pula boleh dapat pendapatan dengan Nuffnang.

Beraksi gila-gila bila masuk contest..macam-macam contest yang akak sertai dan macam-macam hadiah yang akak dapat walaupun cuma saguhati
Kenangan paling bila indah bila akak menang blackberry..hadiah paling best akak dapat  sepanjang join Nuffnang dan hampir setahun akak join Nuffnang. Nak baca kat SINI


Banyak kenangan indah bila join Nuffnang ini sampai orang kata kalau ada event Nuffnang mesti ada muka kak ina. 
Berkat sabar akhirnya alhamdulliah akak berhasil lagi sikit nak ke 4 angka. Semuga rezeki akak akan murah lagi bila bersama Nuffnang.

Begitu terujanya nak sertai event  yang dinanti-nanti yang akan  dianjurkan oleh Nuffnang iaitu :
Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang akan diadakan pada 16 December 2011, Putrajaya Marriot

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott." - 
More Info dan jika nak join event ini, cepat-cepat ke SINI -

Kalau dapat join event ni tentu best sebab boleh jumpa blogger luar negara.  Bolehlah berkongsi ilmu dan kalau bervangan nak gi ke negara mereka bolehlah minta tips dari mereka.

Banyak lagi kenangan manis bersama My Nuffnang Story, kalau korang nak korang gi ajer kat label  Bestnya Join Nuffnang kat tab atas tu.

16 ulasan:

  1. bastnya kak ina... macam2 event dah kak ina join. izan doakan kak ina terus sukses dlm berblog ye!

    BalasPadam
  2. wah akak nak gi yang award tu yek?...ermmm ingat nak buat gak my nuffnang story...teringin nak gi award tuh...tapi tu la tengok ler nanti hehehe...semoga akak berjaya!!!!

    BalasPadam
  3. Wah banyak pulak muka cik isteri dengan kak ina.. hehehe.. apa pon kalau bukan dengan nuffnang.. saya tak kenal lagi dengan kak ina kot.. hehehe

    BalasPadam
  4. sonok gak kan bile tengok koleksi gambar sepanjang terlibat ngan NN nie kan...

    BalasPadam
  5. Ina ... Mmg seronok dpt joint event nuffnang...tapi tulah kita ni selalu tak berkesempatan...

    Tahniah ina...semoga semua itu menjadi pek
    Mbakar semangat ina utk terus menulis

    BalasPadam
  6. bestnyer akak ina ni,
    dapat jumpa artis,dapat hadiah, duit nuffnang pun bertambah..
    semoga ceria selalu yer..:)

    BalasPadam
  7. wah mmg kak ina dan nuffnang tak dapat dipisahkan hehe seronok tgk macam2 xtvt kak ina dapat join

    BalasPadam
  8. apasal gambar eyriqazz banyak gambar saya satu je! haha

    BalasPadam
  9. Salam kak ina, saya dapat tau blog kak ina bila saya join masterchef blogger. itu pengalaman pertama saya join event nuffnang.

    apa pun, saya mula terfikir something yang agak was-was tentang halal haram menjana pendapatan dari nuffnang.

    saya ada buat google search dan saya jumpa pandangan ustaz zaharuddin berkaitan menjana pendapatan dari nuffnang dan dari pemahaman saya, banyak syubhah. boleh baca lanjut

    http://ttbakong.blogspot.com/2011/10/nuffnang-dan-perkara-berbangkit.html

    Apa pandangan akak?

    BalasPadam
  10. wahh rajin nya akk join event2 nuffnang.....syokk plak tu dpt jumpa artis2.....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Ina

    orang lama dlm bloger...banyak pengalaman....he he

    Wassalam

    BalasPadam
  12. salam ziarah kembali

    terima kasih di atas perkongsian link tersebut. pengalaman ustaz love tu banyak membantu.

    tapi, saya masih berharap agar pihak Nuffnang dapat improvise lagi kaedah penanyangan iklan2 di blog dan jenis-jenis iklan yang ditayangkan.

    dalam maksud lian, pihak Nuffnang mungkin boleh menyediakan interface di mana pengguna boleh pilih iklan2 berbentuk connventional dan islamic.

    Contohnya, walaupun kita boleh pilih non alcohol punya iklan, tapi masih ada iklan yang sexy dan tak tutup aurat. Ada juga iklan dari institusi yang mengamalkan riba etc etc.

    sekadar pandangan

    BalasPadam
  13. ohhh untuk nuffnanger je rupanye

    BalasPadam
  14. bestnya kak ina.. dah banyak event akak g kan. Jumpa artis lagi.. hehehe memang best join Nuffnang ni. Harap satu hari nanti leh la jumpa akak eh. :)

    BalasPadam
  15. 1st impression : Ohh, blogger ni garangla...tak berani nak tegur..

    2nd impression : masih garang, kan dia gigit telinga saya camne?

    3rd impression : meh nak luku kepala skit eyriqazz,selambar cakap akak garang..the rest is history...Kak ina Kl, one of the coolest n humble blogger i ever meet...thanks to Nuffnang, i know this akak....

    not only i learn about blog, but i learn more about life,myself,parenting tips, n etc...

    Kak Ina KL,tetap cool macam selalu...

    BalasPadam
  16. all the best kak! harap2 dapat jumpa kat sana nanti! :D


    [tehtarikmemoirs.com]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers