OOO

Ahad, November 20, 2011

Nasi Goreng Ayam

 tak sempat nak hias cantik-cantik...dah lapar
Nasi goreng ni akak selalu buat bila ada virus M banyak.  Janji ada nasi sejuk dan ayam dalam peti sejuk.

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 keping daging ayam dipotong dadu
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 3 biji bawang kecil - di hiris
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2  sudu makan sos tiram-optional
  • 1 sudu teh kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Ayam di goreng setelah di lumur dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing.  Tumbuk bawang putih dan masukkan minyak dan tumis hirisan bawang kecil.
2. Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan naik minyak sambil di kacau selalu.
3. Masukkan ayam yang telah di goreng, kicap manis, serbuk lada sulah/lada hitam dan sos tiram.
4. Masukkan sedikit garam dan masukkan nasi ayam.
5. Goreng sampai semua bercampur dan rasakan garam.
6. Biarkan nasi garing sedikit dan barulah dihidangkan. 

2 ulasan:

  1. Betul tu Kak INA. Virus M tu kekadang mari, aduhaiii..

    Nasi Goreng Ayam dah lengkap dah. Seimbang. Tak yah dah masak lauk lain lagi. Settle.

    BalasPadam
  2. kite kalau M pon buat nasi goreng jek ..tapi buat nasi goreng kat kedai laaaaa :P

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers