OOO

Selasa, November 08, 2011

Pink Mocktail Night @ Hard Rock Cafe, KL

N3 yang lepas akak ada cerita pasal melepak sambil beramal kan.  Kami di ajak ke sini oleh CikLily sempena 'Pink Mocktail Night' anjuran Pantai Hospital Klang sempena malam penutup bagi Pink October.
Di undang sebagai media membuatkan kami merasa bangga. Patutnya pakai baju pink sebab support kempen mengenai breast kanser ini.  Boleh terlupalah pulak. 

Di anggarkan lebih satu juta kes baru dan kira-kira 400,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun akibat kanser.  Statistik yang cukup menakutkan, apabila ketumbuhan, satu petanda kanser payu dara mula di kesan.


Oleh itu, wanita kena peka tentang cara untuk menghalang dan merawat kanser kerana penyakit itu kekal menjadi pembunuh nombor satu kepada wanita.


Kanser payu dara biasanya berlaku di kalangan wanita Malaysia berumur 20 tahun ke atas dan satu daripada 20 wanita berisiko menghidapi kanser tersebut.

Oleh sebab itu pengesanan awal kanser payu dara boleh di lakukan menerusi pemeriksaan sendiri atau mamogram dari masa ke semasa.  Kesemua kaedah ini dapat membantu mengesan kanser lebih awal kerana ianya masih sempat di rawat.
Emcee pada malam tersebut ialah artis Dato' Yasmin Yusuff sebagai Ambassador The Pink Charity Run. Program ini adalah kolaborasi antara Hospital Pantai Klang dan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Hospital Pantai Klang (HPK) sebelum itu telah menganjurkan kempen kesedaran dan melawan breast cancer dengan mengadakan larian amal di Klang yang telah berjaya menarik seramai 1,200 peserta.
Kempen yang bertujuan menyokong Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) selain sebahagian daripada tanggung jawab sosial korporat HPK.
 
Encik Stanley Lam selaku Ketua Pegawai Eksekutif HPK  bagi Pantai Hospital Klang memberikan sedikit kata-kata alu-aluan mengenai tujuan 'Pink Mocktail Night' di adakan.

"Kita selalu komited dan bertanggungjawab khususnya yang melibatkan penjagaan kesihatan masyarakat.  Larian Amal Merah Jambu ini akan menjadi acara tahunan dalam memberi kesedaran dan pendidikan tentang pengesanan dan pendidikan awal kanser payu dara" kata beliau lagi.
Happy dan cerita ajer kumpulan 'Candy Girls' yang merupakan sebahagian dari Cancer survivor. Seronok tenguk mereka ini..walaupun pernah di sahkan sebagai pesakit breast cancer iaitu penyakit yang boleh menyebabkan kematian jika terlambat mengubatinya mereka tetap ceria.
Hebat memang hebat bila mereka menari terutama bila mereka menari lagu hindi..kepala dan kaki akak pun turut gak bergoyang.
Pernah dengar nama penyanyi Amanda Imani di sebut sebut oleh media dan blogger terutama mengenai pakaian seksi yang beliau pakai masa norman dan memey kawin dulu. 

Memang bestlah persembahan beliau dan lagu yang di nyanyikan memang sesuai dengan suara beliau.
Perhiasan orang pempuan ni memang cantik-cantik tapi akak tak mampu nak beli.  Semua hasil jualan akan di salurkan ke disalurkan ke Breast Cancer Welfare Association (BCWA).
 Yasmin tanya CikLily subang ni  sesuai ker idak dengan dia.
 Sambil lepak, borak, gelak sambil dengar  resident band Hard Rock Cafe menyanyi. Lagu yang mereka nyanyikan pulak lagu omputih yang lama-lama cam lagu Abba...salah satu kumpulan yang akak suka.
blogger dengan camera memang tidak boleh di pisahkan
 Tersenyum dapat ambil gambr dengan #retis Amanda ni.
Erhmmm jelous aaaa sebab Yasmin dah check dah breast dia dan disahkan bebas dari breast cancer..akak tak terbuat-buat mamogram  lagi ni..kena buat gak sebab bila usia dah bertambah memang kaum wanita berisiko dapat penyakit barah payu dara. 

Oh yer..orang lelaki pun boleh kena gak tau breast cancer..tak percaya sila google
Kami yang suka gi event tak kiralah event hiburan, ilmu dan amal ini. Terima kasih kepada mereka yang menjemput kami.
 
Female bloggers yang happy dapat pegi ke sini  yang hadir semasa event  Zuriey CikLily, Jard dan Farra
Terima kasih kepada ciklily sudi belanja kami semua sebab makan-makan tidak di sediakan. 

kredit picture : cik lily dan jard

6 ulasan:

  1. ohoh! ini mendernyer... ciklily tuh dh mmg otai babs events neh. hope lenkali ciklily jemput kiter gaks...hehhehe

    BalasPadam
  2. wahh...! happening tul. you have a great life and be it dear.tumpang seronok jer.salam kenal.

    BalasPadam
  3. Visit here... visit me back :) I also recommend: http://linkchronicle.blogspot.com/p/add-your-link.html to promote your Blog.

    BalasPadam
  4. hurmmm..... nasib baik clash ngan pra tonton aku bukan tomboy....kalau tak boleh gak layan live band tue...

    BalasPadam
  5. hehe man ko layan live band ke amanda imani haha

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...