OOO

Rabu, November 02, 2011

Senheng-Samsung Junior Badminton Championship 2011

Bagi tahun kedua berturut-turut, Senheng Electric (KL) Sdn. Bd. dan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. bergabung tenaga sebagai penaja Senheng-Samsung Junior Badminton Championship.

Pada 2hb dan 4hb. Disember, kira-kira 3000 pemain badminton akan mengambil bahagian dalam kejohanan di Lee Chong Wei Sports Arena.

Senheng-Samsung Junior Badminton Championship yang ditubuhkan tahun lepas bertujuan untuk mengenal pasti generasi akan datang untuk menjadi seorang pemain profesional akan kembali menguasai gelangang badminton Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.
Untuk tujuan ini, bekas jurulatih kebangsaan dan beregu, Cheah Soon Kit, telah dilantik sebagai ketua jurulatih di Akademi Badminton Looi.

Untuk  tahun pertama, 10 orang pemain akan berjaya  dari kejohanan tiga hari akan menerima Biasiswa Senheng-Samsung Badminton Talent untuk program latihan badminton oleh Looi  Badminton Academy.
Untuk kejohanan 2011, Lim Kim Heng, Founder and Managing Director of Sengheng Electric (KL) berkata," kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics sekali lagi, untuk memberi peluang kepada atlit muda yang berbakat dan layak untuk merealisasikan potensi sebenar mereka."

"Kami di Senheng sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang mahu merealisasikan impian mereka, dan  cara yang lebih baik untuk menyalurkannya ialah melalui badminton, sukan Malaysia yang telah diterima dan disukai ramai.

Kami tahu dan telah melihat sukan boleh menjadi satu tempat untuk kami bersatu dan kita berharap bahawa sumbangan kami dapat memecahkan penghalang untuk menaikkan nama negara,"katanya lagi.
Kwon Jae Hoon, Managing Director of Samsung Malaysia Electronics berkata, "Sebagai salah satu syarikat pembuat barangan keperluan elektrik sedunia , kita tahu bahawa mendidik untuk menjadi yang terbaik memerlukan dedikasi yang mendalam dan keinginan membara untuk menjadi yang terbaik. Ia adalah sama bagi inovasi produk atau kecemerlangan sukan. Untuk menjadi yang terkenal dan ternama adalah habuan yang tidak ternilai."

"Kami juga berbesar hati  bahawa pihak dari Samsung bersedia untuk bekerjasama di dalam Senheng-Samsung Junior Badminton Championship, yang menjadi platform untuk mengenal pasti pemain-pemain muda dalam bidang badminton yang mewakili Malaysia. Kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada tradisi sukan Malaysia yang telah menghasilkan ramai pemain-pemain muda badminton sejak beberapa tahun yang lalu." Kata Kwons lagi.
Tambahan untuk program ini, pertandingan juga akan diadakan untuk merebut hadiah berjumlah RM100,000 termasuk Anugrah Bintang SS yang terulung, untuk menaikkan martabat pemain dan pelatih untuk menjadi pemain badminton Malaysia yang terbaik. Anugrah ini juga termasuk Pemain Harapan, Pemain Harapan Tahunan, Pelatih Harapan Tahunan dan juga "Golden Academy Awards".
Lepas acara pc kami di bawa menjelajahiLee Chong Wei Sports Arena/Sports Arena Sentosa  ini.  Akak akan ceritakan kemudian yer

 Imran yang beria-ia nak ikut sebab teringin nak jumpa Datuk Lee Chong Wei kat sini..tapi tak tertunai hasrat di hati sebab beliau berada di luar negara.  Frust sungguh Imran

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    tak pa Imran
    nanti boleh ajak mama pergi sekali lagi..

    Wassalam

    BalasPadam
  2. kecewa punya pasal.. dapat ganti makanan pon jadilah

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...