OOO

Isnin, November 14, 2011

Szziling Yee Mee-Kesukaan Imran Dan Ira

Anak-anak akan bersorak terutama Imran dan Ira bila akak nak buat  szziling yee mee ni.  Dorang ashiklah berulang makan kalau akak buat..terima kasih buat geng Myresepi ..lily (dia tak ada blog)yang sudi berkongsi resepi yang enak ini.
Sayur tu boleh diubah ikut selera tau.  Kalau letak telur pun best tau.

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

10 ulasan:

  1. tu dia kak....saya pun minat yee mee ni..

    BalasPadam
  2. dapat blog kak ina dari blog eriqazz...sudilah bagi petunjuk kat blogger baru macam saya...

    BalasPadam
  3. assalam kak, my fav sizzling mee....sedapnya!:)

    BalasPadam
  4. KAK INAAAA!!!!

    ni paberet saya jugak!

    Selalu order yang Hot Plate. Ada telur. Yummy! Pandai Kak Ina masak, saya kalu teringin, memang makan kat kedai jer.

    BalasPadam
  5. sedapnya kak ina.... hehehe mia leh cuba wat kat umah ni...

    BalasPadam
  6. dah lama tak makan sizzzling.. nyum3

    BalasPadam
  7. akak masak dengan periuk tanah ke???...sebab ayu ingat nak try ada beli periuk tanah dowang kata masa sizzzling sedap

    BalasPadam
  8. cmne nk buat cili potong...kalau mkn hot plate kn dgn cili potong

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...