OOO

Rabu, November 23, 2011

Tom Yam Putih Adabi

Semalam teringin nak makan tom yam putih, kebetulan ada satu bungkus tomyam putih adabi.  Akak suruh Ira buat sambil akak beri arahan camner nak buat.  Akak tak guna ayam cuma guna udang ajer.

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar-potong empat
  • 10 ekor udang-jangan buang kulit tau.
  • 4-5 tangkai cili api-nak pedas tambah lagi
  • 2 batang serai-titik hujung
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1 tangkai daun ketumbar-di carik carik
  • sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung..ikut sukalah
Cara-cara
  1. Didihkan air  dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan serbuk tom yam putih sehingga mendidih.
  3. Dah mendidih masukkan karot yang di potong memanjang dan putik jagung.  Masukkan juga sos ikan.
  4. Akhir sekali masukkan udang, cili padi,  bawang besar dan tomato.
  5. Didihkan sekali lagi masukkan daun ketumbar yang dah di carik-carik pastu  dah leh tutup api.  Kena makan panas-panas tau baru sedap.
 Inilah tomyam putih adabi..mudah nak buat tomyam kalau dah ada ..
(kredit picture : google)

Kalau korang nak buat tomyam tak pakai serbuk pun boleh..ikut cara kat SINI

8 ulasan:

  1. Suka tomyam, sedap...nak masak pun senangkan kak ina, campak2 je..hehe..

    BalasPadam
  2. jarang buat tomyam sebab hubby tak berapa gemar.

    BalasPadam
  3. bagus kak ina.. dr hari tu cr resepi gini...
    nak yg mudah dn senang...hahahaha

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan masakan Kak Ina...Bila lagi?

    BalasPadam
  5. uh.. saya memang penggemar tegar tom yam putih kak!! sodapnya!!

    BalasPadam
  6. Salam.....

    Terima kasih ..... saya dah try... jadi ... dan terima kasih beritahu pasal tom yam putih adabi.

    zanihomestay.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers