Kami berkenalan di alam maya dalam tahun 2008 semasa akak mula-mula berjinak dengan pc dan masuk forum MY RESEPI. Kebetulan kami berkongsi minat yang sama iaitu masak memasak dan mengumpul pinggan mangkuk lama.
Memang dari dulu kepingin nak jumpa Mat, tapi tak ada kesempatan nak ke Jay Bee sebab selalunya sampai ke Segamat ajer.
Alhamdulliah, akhirnya tertunailah hasrat di hati, dapat gak berkunjung ke rumah Chef yang fofolur yang mana resepi masakan beliau telah di terbitkan di majalah-majalah fofolur di Malaysia.
Seronoknya bila dapat menjamah sendiri hidangan dan pecuci mulut yang di sediakan oleh beliau. Memang terbaiklah..kalau sapelah yang bertemu jodoh dengan beliau dah tentu korang beruntung.
Walaupun sampai agak lambat di sebabkan sesat kerana pergi ke tempat shopping yang tengah fofolur (nanti akak cerita kat mana yer) , beliau masih sudi menyambut kami dengan senyuman.
Dapat juga bertemu dengan bonda beliau yang di panggil Mak Yah, ayahanda dan kekanda beliau tapi cuma sebentar sahaja kerana mereka hendak membawa Mak Yah ke klinik.
Terasa rugi tak boleh berbual panjang dan bergambar dengan Mak Yah sebab masa tu tengah menikmati hidangan tengahari yang di masak oleh Mat Gebu.
Anak-anak akak memuji masakan yang dihidangkan terutama Imran. Bila makan pencuci mulut trifle buatan Mat Gebu dengan selamba Imran berkata..
Kalah mak masak...sabar ajerlah wahai anak..
Aduhai kereta kalau di baik pulih tentu cun kan...antik sungguh.
Memang kalau diikutkan tak puas berjumpa beliau tapi masa mencemburui kami, dengan berat hati kaki melangkah meninggalkan rumah beliau.
Sedapnya roti ini...gebu sungguh, terima kasih sebab Mat sudi memberi ole-ole dan roti untuk di bawa di Jay Bee. Bangga sudi dapat berkenalan dengan Chef Fofolur Satu Malaysia.
p/s Datang ke rumah Mat hari Selasa lepas tapi disebabkan penat dan bzzz sikit baru dapat curi masa buat N3 ini. Sayangnya sebab tak leh letak muka Mat kat sini sebab ada sebab tertentu.
Kalau korang nak baca N3 beliau boleh ke SINI
SERONOK BERBUAL TAK INGAT BALIK
TERIMA KASIH KERANA BAGI DATANG RUMAH
KALAU BOLEH TAK NAK BALIK
13 comments
bestnya akak! hehehe roti tu nmpk sedap hehehe
by Ijah EmoTemo on 30 Disember 2011 10:01 PTG. #
Syoknya dpt merasa air tgn CMG
by Nieda on 30 Disember 2011 10:22 PTG. #
roti apa tu kak ina? cam sedap tu..
by JMR on 30 Disember 2011 11:07 PTG. #
bertuahnya akak dapat merasa hasil masakan CMG...mesti best sangat!
by ummiross on 30 Disember 2011 11:17 PTG. #
Wah seronoknya akak!^_^
by cik puan apel on 30 Disember 2011 11:41 PTG. #
salam kak ina
wah bestnya dapat merasa sendiri air tangan encik MAt... ingat dalam entry ni ada la gambar CMG.... sebab nak kenal sangat muka CMG ni macam mana hihi
by Wani on 31 Disember 2011 12:24 PG. #
terima kasih kak ina KL...
IKAN KELI TERSANGKUT BUBU,
BUBU HANYUT HINGGA KE LATA,
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
APA YANG KURANG MAAF KU PINTA..
by Mat Gebu on 31 Disember 2011 12:27 PG. #
Wah!! Seronok Ina bertemu chef yang memang fofular kat blog ni... suka tgk blog dia...gambar2 dia buat kita terliur...
by aNIe on 31 Disember 2011 12:33 PG. #
waa..beshnya akak dpt makan hasil tgn air CMG, teringin jugak..selalu duk terliur je tengok gambar mknan yg dimasaknya..ahaks..
by cikpuanhady on 31 Disember 2011 7:59 PG. #
amboi amboi, kak ina kalau ade tips masak memasak yang chef bagi, kongsi2 kan lah ye..
by Em's Family on 31 Disember 2011 8:55 PG. #
dapat bertandang kengkawan blogger mesti best kan sambil borak2x dan makan sedap2x... ;-)
by hazman aka species1980 on 31 Disember 2011 9:12 PG. #
chef bertemu chef...terbaek..:)
by lieynanilaz on 31 Disember 2011 1:33 PTG. #
nk g gaks umah cik mat tuh...hihiihih
by akuzle ayu on 4 Januari 2012 12:01 PG. #
Catat Ulasan