OOO

Selasa, Disember 20, 2011

Cerita Ceriti Imran Berkhatan Di Hospital

Sajer nak share cerita anak akak bersunat.  Dulu masa Russhdi dan Firdaus tak ambil gambar dan tak ada blog, jadi tak ada kenangan tercatat di sini cuma tercatat di memori.  Takut nanti bila dah bertambah usia makin berkurang daya ingatan.  Dengan adanya catatan di blog bolehlah Imran dan cucu baca cerita berkhatan.

Imran dari tahun lepas sibuk nak bersunat.  Akak tak bagi sebab rasanya dia masih tak pandai uruskan diri sendiri lagi.   Tapi tahun ni terpaksa gak bagi sebab 3 orang sepupu akan bersunat.  Takut tak ada geng tahun depan dan takut di ejek-ejek oleh dorang. 

Mula-mula kami nak buat cara smartclap  (korang leh tenguk camner caranya) tapi bila dengar pengalaman dari anak buah belah suami yang ashik menangis sehari semalam langsung akak tak jadi buat. Pastu nak cuci dan nak keringkan kat corong tu macam susah ajer.

Bila  masa nak buka pun macam leceh ajer.  Kena rendam dengan air agak lama nak tanggalkan . Seorang lagi anak buah nak pasang clap tak leh masuk dan patah, langsung buat cara biasa tapi kena bayar gak ikut harga smartclap.

camnilah caranya  tapi buat bukan kat hospital dan 
cuma bius separuh (kredit pic SINI)
Takut terjadi kepada Imran akak langsung bulatkan tekad ambil secara bius penuh dan kaedah konvensional .  Kaedahnya ini adalah memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang “catgut”. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.  Ada orang panggil secara laser.

Rasanya di Hospital Pusrawi ini harga yang ditawarkan amat berpatutan sebab ada 2 hospital swasta yang akak tanya harganya mencecah ribuan ringgit bila ambil berkhatan secara bius penuh.   Oleh sebab insuran tak cover terpaksalah keluarkan wang sendiri jadi kenalah cari tempat lain yang harga berpatutan.
Bila akak tanya kak long dia kata harga kat sini cuma RM706.00(rujuk kat sini senarai harga berkhatan) akak terus call dan daftar.  Nasib baik boleh lagi padahal ada yang dah booked sebelum cuti sekolah lagi.  Dah rezeki Imran gamaknya, dapatlah satu bilik dengan anak buah akak  dan buat pada hari yang sama.  Kena bayar deposit RM100.00 dan terus mendaftar pada keesokan harinya.
Hari Selasa 13.12.2011 (cantikkan nombor ni) pepagi  kami gerak dan sampai dalam pukul 8.00 pagi kat situ.  Sebelum tu kena Imran kena berpuasa sekurang-kurangnya 6-8 jam sebelum berkhatan.  Lepas buat bayaran dan ambil ubat di farmasi kami terus ke tingkat 4 dan Imran di masukkan ke wad.
Imran yang tak nak gambar dia di ambil mula merasa cuak.  Anak buah lambat pulak sampai.  Kak long kata jalan sesak kat Gombak. 
Bila Shahriq dah sampai barulah muka Imran ceria semula.  Bergurau senda dan meriuhkan suasana mereka berdua.  Satu bilik 4 orang, 2 orang anak yang lain senyap ajer. 
Anak buah akak bersama kak long/mak dia.  Dia ni happy ajerlah, tak takut langsung.
 tak leh ambil gambar sebenarnya..tapi akak tak perasan..nasib baik staff tegur
Dalam pukul 10.00 lebih akhirnya tibalah saat yang di tunggu,  Imran orang ke dua sementara anak buah orang yang ke 4 dan terakhir dalam bilik yang di hantar ke bilik OT,bertambah berdebar hati Imran.  Akak suruh selawat bebanyak, dah sampai kat situ kena tanya soalan lagi dan disuruh menukar selipar yang ada dalam bilik OT.

Kebetulan ada sorang budak lelaki China yang berumur 8 tahun yang masuk dulu sebelum Imran, akak bagitau Imran budak kecik pun tak takut. Bila tanya kat staff kat situ dorang kata ramai gak anak China yang berkhatan sekarang ni sebab nak jaga kebersihan.

Dekat pukul 11.00 baru Imran di sorong masuk ke dalam OT, akak cuma dapat berdoa, sebab tak boleh masuk ke situ.  Barulah terasa  perut yang berbunyi minta di isi.  Akak makan kat kantin di bawah terus makan nasi ajer.  Lepas makan terus tunggu dalam bilik semula.
Anak buah akak tak masuk lagi..Kak Long dah hot dah sebab dia datang no 3 tapi yang datang no 4 dapat masuk OT dulu selepas Imran. 

Bila sampai bilik budak pertama dah keluar, tapi dia macam mengantuk ajer.  Cuma tenguk sekejap pastu tunggu kat katil.  Tak lama Imran keluar, akak tenguk relax ajer dan dah sedar....

Sakit tak?

Sakit sikit ajer?


Imran kena tunggu 2 jam lagi sebelum boleh makan sebab takut muntah.  Staff kat situ kata lepas buang kecil baru boleh balik.  Bila Imran dah buang air kecil, dorang cuci luka dan buka pembalut.  Jahitan pun tak sebanyak macam orang berkhatan secara biasa.  Imran mengalirkan air mata bila ubat luka di sapu kat situ.  Aduhaiiiiii

Lepas minum sedikit  air kosong dan tak muntah, Imran baru boleh makan.  Alamak lauk ayamlah pulak..lauk kegemaran Imran.  Puas akak pujuk jangan makan ayam takut bernanah, tapi kak long akak  kata tak perlah pulak.  Akhirnya dia  makan gak sebab dah kelaparan berpuasa dari jam 1.00 pagi, dekat pukul 2.00 petang  baru boleh makan.
 
Dekat pukul 3.00 petang baru kami boleh balik, alhamdulliah balik cepat sebab petang tu Jalan Tun Razak (dekat Perpustakaan Negara, Hospital Pusrawi, IJN) banjir teruk .

Wah panjangnya N3 kali ini.

16 ulasan:

  1. teringat dulu saya kena chicken pox pon xpantang makan,hehe

    BalasPadam
  2. hehehe part nk pantang memantang yg susah sikit ni hehehe..

    BalasPadam
  3. Selamat dah anak akak bersunat , dah nak jadi anak bujang dah.

    Berbezanya akak , bersunat di bandar dgn di bandar kecil mcm tmpt saya.
    Anak saya bersunat hanya RM100 tapi boleh balik terus lps tu. TApi tak adalah makan segala.

    BalasPadam
  4. salam...

    mahalnyer bersunat skrg...huhuhu..sy ada 2 anak lelaki entah mcmana pula nanti...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    mahal juga yer kak ina
    mukin termasuk cas wad kut

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Tahniah Imran dah jadi big boy now! Bila kita baca entry akak, kita lak yang rasa ngilu. Muehehehe.. dulu masa anak kita khatan, ada ke hubby kita suruh kita masuk sekali. Sket baik tak pitam kita dibuatnya... huhuhu.. sib baik anak lelaki sorang je... :D:D:D

    BalasPadam
  7. tak boleh bayangkan macam mane la anak mira nanti.. dia ni punyelah penakut dengan segala mala bende2 cucuk ni.. ubat pun

    BalasPadam
  8. boleh tahan jugak harganya yer

    BalasPadam
  9. Hehehe..nasib baik tak gi jumpa Tok Mudim, kalau idok mau jenuh nak kejar si Imran..hehe..apa2 pon tahniah Imran dah jadik orang Bujang..hehe

    BalasPadam
  10. lum de pengalaman khatan anak lelaki lagi.. anak lelaki baru 10 bulan.. hehe..nnti2 de kot, insyaallah..

    seronok de kawan,, tak pe la.. hilang rasa sakit..

    BalasPadam
  11. Alhamdullillah..yer kak.. Bagus akak buat cara laser.. sebab saya punya pengalaman tahun lepas anak saya guna smartclamp.. mmg laa scary dan menyakitkan.. Saya ada buat N3 pasal tuh..:)

    BalasPadam
  12. ada la gambar kenangan untuk si imran nie yea.... confirm dia sengih2x bila teringatkan pengalaman kena sunat nie

    BalasPadam
  13. selamat berkhatan... ada kenduri dah kak??? heheh

    BalasPadam
  14. heheehe.. okay laaa tu kan.. semua dah selamat..

    BalasPadam
  15. tunggu anak nak berkhatan nanti

    BalasPadam
  16. Lg bagus sunatkan bayi seblm 5 bulan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers