OOO

Isnin, Disember 12, 2011

Hotlink's People Power Concert Yuna

Siapa yang tak kenal dengan Yuna, sila angkat keyboard yer.   Yang paling hangat bila Yuna terpaksa menyerahkan tropi yang di menangi kepada penyanyi Anuar Zain.

Yuna telah bekerjasama syarikat telekomunikasi Maxis Berhad akan menjayakan konsert secara alam maya (virtual) di laman web Maxis.  Yuna adalah artis Malaysia pertama yang terpilih untuk menjayakan konsert secara online yang boleh disaksikan seramai 10,000 pelanggan bertuah Maxis.

Penonton yang telah membuat tempahan boleh mendaftar masuk bermula dari jam 7 petang sehingga 7.59 petang untuk menonton secara eksklusif konsert berkenaan.

Pelancaran Konsert Alam Maya Yuna Bersama Maxis telah diadakan Bee, Jaya One pada hari Selasa lepas.
Menurut Ketua Bahagian Produk, Peralatan, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, pihaknya begitu teruja untuk menjayakan konsert pertama maya itu yang nyata sesuai dengan tagline mereka Kini Anda Boleh (Now You Can).

Kata T.Kugan lagi , Yuna akan mendendangkan lagu terbaharu ciptaannya dan ia akan didendangkan buat pertama kalinya di hadapan 10,000 peminatnya.

Jika konsert ini mendapat sambutan yang menggalakkan pihak Hotlink akan berterusan menjayakannya pada masa akan datang dengan jumlah penonton yang akan ditambah. Pihak Hotlink juga akan cuba memilih artis-artis terkenal lain untuk menjayakan konsert secara maya itu.
Sementara itu, bagi Yuna, dia begitu teruja kerana dipilih sebagai artis pertama untuk menjayakan konsert secara maya itu.

“Adalah sesuatu yang unik apabila saya perlu membuat persembahan di hadapan kamera dan penonton tiada di depan mata, sebaliknya mereka melihat persembahan saya itu menerusi kamera online"

Melalui konsert pada 14 Disember ini, penonton online boleh memberi tajuk pada single terbaharu Yuna dan mungkin berpeluang muncul pada video muzik untuk kempen promosi single berkenaan.

Menarik bukan. Jom reramai gi daftar kat web nowyoucan.
Bloggers yang hadir Nisa,Cik Epal , Ruby  dan Hazman 
(dah balik tak sempat bergambar)
Darkbatman, Sha dan Nuffies
Suka tenguk muka Dalili Michelle Wee Abdullah, wartawan Melodi TV3
 Terharu bila ada yang kenal akak..beliau salah seorang pembaca blog akak..http://alanbaik.blogspot.com/.  Terima kasih yer sudi bergambar dengan akak
 Abang Long datang lambat, muka garang sampai ada blogger yang cabut lari

8 ulasan:

  1. hurmm.... saya tak dapat nak datang la invitation hari rabu nie kat bangsar shopping centre...akak sure pegi kan...

    BalasPadam
  2. weet..weet..bestnyer dpt tangkap gambar ngan yuna.cantik tak kak yuna tuu

    BalasPadam
  3. best lah kak ina bergambar dgn Yuna..;)

    nk sgt dgr Yuna nyanyi live...;(

    BalasPadam
  4. hahaaa.. muka abang long bean sungguh ganas

    BalasPadam
  5. asalnya tak nak merevealkan diri jadi silent follower. tapi lepas kenalkan diri aritu terus nekad.

    BalasPadam
  6. Wah jumpa yuna tu.. best.. :)

    sebelum terlambat.. selamat hari jadi Kak Ina, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..amin..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...