OOO

Ahad, Disember 18, 2011

Ikan Tenggiri Sweet Sour


Boring pulak ashik masak ikan tenggiri masak asam ataupun masak kicap bersambal.  Masak ikan cara camni, ikan laku tapi sayuran semua tu terpaksa di makan dek mak dan ayah.

Bahan-bahan
3 ketul ikan tenggiri-di potong empat
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk kasar
1 inci halia-tumbuk halus
2-3 sudu besar sos cili
5-6  sudu besar sos tomato
1/2  biji capsicum merah dan 1/2 biji capsium merah - dipotong memanjang
1 biji bawang holland - di potong 6
1 biji tomato-belah 6
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit tepung jagung
minyak secukupnya
sedikit air

Cara memasak
1. Ikan dibersihkan, di potong empat dan dilumur dengan garam, serbuk kunyit  dan tepung jagung  lalu digoreng secara deep fry .  Tos dan  ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan termasuk serbuk lada hitam yang telah di tumbuk.
3. Apabila bawang telah garing, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sampai naik bau. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan diikuti dengan capsicum, sedikit gula  dan bawang holland.
5. Kacau dan rasa cukup perasanya angkat dan hidangkan.

8 ulasan:

  1. tak pernah lagi cuba resepi camni.. leh cuba nanti.. lapar

    BalasPadam
  2. adusssss....meleleh liur kita dah, ni dah duduk sila kat bawah meja dapur kak ina...dengan sepinggan nasi putih, tunggh lauk ikan tenggiri tu kak...

    BalasPadam
  3. hey kak ina, sedap nya ikan tenggiri tuh.. salam kenal dari melly follower no .1795

    BalasPadam
  4. sedapnya nampak akak punye masakan ni..!! meleleh di tengah2 hari ni

    BalasPadam
  5. dahla tak lunch lagi ni.. kena cari kat kedai ni kalau ada..haha

    BalasPadam
  6. resepi baru...budak2 mesti suka!!.

    BalasPadam
  7. satu kelainan kak ina. harus dicuba nanti...tengok pun dah tau kesedapannya..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers