OOO

Khamis, Disember 22, 2011

Jangan Bersedih Ira-Mak Bangga Tau

salah sorang budak lelaki ni anak sepupu hb akak
Hari ni merupakan hari yang mendebarkan bagi pelajar-pelajar yang menerima result PMR, termasuk Ira anak ke empat akak dan juga akaklah kan.

Bila pelajar lelaki ni keluar lepas ambil result, muka masing-masing ceria sebab kebanyakkannya  dapat 7A dan 8A. Dorang ini tak kecoh cam pelajar pempuan.  Wah makin excited dan berdebar akak dibuatnya.
Pelajar perempuan memang bising sikit kan.  Ada yang keluar sambil menangis..tak taulah menangis gembira ataupun bersedih dengan result dorang.  Ada yang bersorak dan dan ada yang diam membisu.  Akak malas nak tanya, akak cuma tanya dengan member Ira yang akak kenal.  Ramai gak geng Ira yang berjaya.

Ada yang result best dan ada yang tak berapa best.  Tak per anak-anakku, korang boleh berusaha lagi bila tiba peperiksaan SPM nanti. Tak semestinya kalau korang tak berjaya dalam PMR korang tak boleh score masa peperiksaan SPM.
Bila Ira keluar sambil tersenyum pastu mengalirkan air mata dan beritau keputusannya, akak gembira walaupun tak semuanya A. 

Alhamdulliah akak bersyukur sesangat walaupun dapat result camtu sebab dah tentu semua orang maukan anak berjaya tetapi kita juga tau bukan bahawa setiap anak mempunyai tahap kepandaian yang pasti berbeza dengan adik beradik ataupun anak orang lain.  

Akak redha dengan keputusan Ira sebab Ira memang dah berusaha tapi tak ada rezeki nak dapat semua A.

Ira, mak akan sentiasa berdoa supaya Ira sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat walaupun Ira tak boleh kalahkan Kak Yana tapi Ira dapat kalahkan Abang Russhdi dan Abang Firdaus kan.  

Sekarang Ira cuma lipat gandakan usaha masa peperiksaan Tingkatan 4 (Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan SPM di tingkatan 5.

Jangan bersedih k..minggu depan kita gi bercuti walaupun tempatnya tak jauh..minta-minta tak adalah aral sebab minggu lepas tak jadi gi sebab Imran bersunat.

p/s Ira cuma dapat 7A dan 2 B - subject Bahasa Arab dan BI..oklah tu kannn..masa trial dia cuma dapat 4A dan 4B



24 ulasan:

  1. Alhamdulillah

    setuju,setiap anak x same kan :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..masih jauh lagi perjalanan ira.mama tunz doakan ira akan mencapai kecemerlangan selepas ini dan membahagiakan ibu bapa dunia dan akhirat

    BalasPadam
  3. syukur alhamdulillah..takpe ira..boleh cuba dlm SPM nanti..lgpun PMR takde pape pun..percayalah..akak dulu PMR teruk juga... : )

    BalasPadam
  4. As'salam Kak Ina

    Tahniah buat Ira, tak apa kak bukan dari segi ukuran kalau dapat semua A akan terus berjaya. Yang penting anak2 ni dah cukup berusaha...insya'Allah dimasa depan mungkin Ira boleh lebih berjaya dari ini..A-minnn

    BalasPadam
  5. sayapun tak semua A PMR tapi saya berjaya dalam hidup saya kak...

    BalasPadam
  6. Ira,
    congrats walau dpt berapa pon. sy terus terang la Kak Ina, takde A pon dlm PMR, mmg konfius betol. dh la pioneer, patu trial kebabom A nye.. alih2 bebetol satu pon xkena??? tp elok plak SPM 1, patu terus buat degree patu eh elok aje sy hidup smpai skang. Yg penting cekal and usaha aje. lepas tu insyaAllah sume senang. Go Ira! hehe (overst la saya)

    BalasPadam
  7. bagi kita sebagai ibu2 ni, anak2 mencapai lebih baik dari sebelumnya itu pun dah dikira berjaya. kadang2 dia keliru sikit masa nak jawap tu bukan sebab dia tak tahu...masing2 ada bad day masing2.

    tahniah untuk Ira.

    BalasPadam
  8. Ok la dpt 7A. masih banyak lagi. Dan cmerlang. Tahniah utk mak dia jugak ye. :)

    BalasPadam
  9. Salam K.Ina.Tahniah tuk IRA & mak Ira jgk sbb berjaya mendidik anak hingga mendpt kejayaan yg cemerlang.
    Tiada ibu yg tidak bangga dgn kejayaan anak2nya...semoga doa k.ina tuk Ira akan di makbulkn oleh Allah.Aminnnnn

    BalasPadam
  10. wah tahniah banyak gak A tu,, saya dulu 5a je..hahaha

    BalasPadam
  11. Tahniah buat Ira.. Kejayaan seumpama tidak akan dapat dicapai seandai tiada sokongan ibu bapa dan didikan guru.

    Buat Ira, kejayaan tu dah cukup bermakna. Jangan bersedih kerana tak mencapai straight A's... Tak mengapa, Ira boleh tebus semula dalam peperiksaan SPM nanti.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, 7A dah bagus tu Ira, tahniah ye.

    BalasPadam
  13. Suspen baca entry kak Ina mlm. Akhirnya ...Ira dpt 7A . Tahniah , bukan senang nak dapat 7A tu pun kan.

    BalasPadam
  14. wow..ok la tu 7A...saya dulu result gitu juga...syukur dapat masuk MRSM time tu....n then masuk form 4 semua pun start dari 0 balik.... for me, PMR cumalah tiket untuk pilih sekolah yang kita rasa sesuai buat kita...anyway, congratss...=)

    BalasPadam
  15. Alhamdulliah dan tahniah kat ira kak,Ok aper result tuhh..Usaha pulak utk SPM

    BalasPadam
  16. syukur alhamdullillah. tahniah kat anak akak

    BalasPadam
  17. alhamdulillah, ok per 7A, bukan senang gak tu, pencapaian yg bagus juga..nanti SPM leh score penuh..tahniah utk akak & ira..

    BalasPadam
  18. tahniah ira..

    dah bagus tu result dia kak ina. perjalanan masih jauh. insya Allah lebih berjaya di masa depan.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah... cemerlang la tu kak ina... tahniah untuk emak dia juga...

    BalasPadam
  20. Congrats buat ira...teruskan momentum kejayaan tue...Semoga dapat aktifkan diri dalam ko kurikulum pulak yea....

    BalasPadam
  21. Tahniah buat ira dan tahniah buat Kak Ina yang sungguh sporting dan understanding. mush br jumpa seorang bapa yang terlebih tensen dr anaknya nak amik result UPSR. Anak tak dpt semua A, mak bapak terlebih kecewa...harus makin downlah anaknya itu...mindset ibu bapa kena betul kan kan kan kak Ina

    BalasPadam
  22. Tahniah buat ira dan ibunya. Perjalanan masih jauh. PMR bukan segalanya. Yang penting, teruskan usaha dan jangan leka. All d best ira!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers