OOO

Sabtu, Disember 17, 2011

Kenduri Kawin Anak Jiran

Anak perempuan yang kecil dulu dah besar.  Masih terbayang masa beliau ke sekolah naik basikal dengan beliau. Akhirnya jodoh beliau telah sampai.  Pengantin perempuan dan keluarga terutama ibu beliau masih bersedih mengenang ayahanda yang telah pergi pada awal tahun ini.  Hidup mesti diteruskan, yang pergi tetap pergi.  Alfatihah buat Arwah.
Pengantin lelaki berasal dari Muo (Muar) muka macam budak sekolah , suka tema warna ungu (purple).  Baju pun cantik taklah sedondon cam warna khemah. 
penuh dengan hiasan bunga hidup, tiada pelamin cuma makanan beradap dapat gak duduk atas kerusi cantik.  Bagus gak kan, jimat kos nak sewa pelamin yang khabarnya dah beribu harga mengikut tema yang di kehendaki.  

Kata hb akak, naik atas pelamin cuma sekejap buat perabis duit, baik kita sedekah duit tu pada anak yang baru nak mulakan hidup baru.  Itu pendapat hb akak, kita tenguk nanti yer, bila anak akak kawin (insyallah tapi entah bila ek) camner pulak sebab hb akak ni lain sikit fikiran dia.
kakak kesayangan yang sudi hadir memeriahkan majlis, bila ambil gambar gelaklah pulak.  Ishhh mesti nak masuk bloglah tu...macam biasa kak long..macam tak fahamlah pulak.

Dah berusia ni pergi ke sana ke mari berdua ajer macam akak juga. Kira macam honey moon lah kan.  Anak-anak dah tak nak join mak ayah lagi.  Doa di baca mendoakan pasangan pengantin
rombongan pengantin lelaki..suka tenguk bunga hiasan ini..
ada gak budak kecik nak tarik rantai yang berjuntaian itu
 
Hb kata baguslah dapat sudu dan garpu leh guna kan,  kira menambah koleksi sudu garpu yang selalu hilang bila Ira bawa balik asrama ataupun bila Imran bawa bekal.  

Kek lapis pun sedap, dah tak ada dah bunga telur sebab selalu akak tenguk kalau dapat telur orang jarang makan, terperap ajerlah dalam peti sejuk macam kat umah akak.  Yang menghabiskan suami akak sahaja.


7 ulasan:

  1. dapat sudu besar tu..

    nanti boleh buat..hehehe

    BalasPadam
  2. hujung2 tahun ni mmg ramai la yg buat kenduri kahwin...

    BalasPadam
  3. Salam. Apa khabar Kak Ina? Cantik benar hiasan bunga di majlis kahwin ni.. Zaman sekarang waktu kerja kahwin memang selalu dapat goodies yg menarik. Bolehlah akak tambah koleksi sudu di rumah.. :)

    BalasPadam
  4. bolehlaa 'tiru' nak bagi kat tetamu time majlis adik nanti.. sebelah ppn 24/12 ni, rumah mama 4/2 nanti..tak pun bagi senduk dan sudip la lagi besar punya...

    BalasPadam
  5. skang nie sudu garfu pun dah boleh diterima sebagai goodies kan...

    BalasPadam
  6. kek lapis tu nampak sedap...terliur la plak heheh

    BalasPadam
  7. mmg suka dpt sudu,pia penah dpt sudu kecik comel

    hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...