OOO

Jumaat, Disember 16, 2011

Kerabu Mangga Yang Mengecurkan Air Liur

Kalau buat kerabu mangga akak suka gunakan mangga epal sebab rasanya lagi umphhhh.  Kalau buat kerabu mangga ni ada pulak tomyam pedas dan telur dadar dah kira macam makan kat restoren thai lah pulak.

Lupalah pulak nak tabur kacang tanah di tumbuk..kalau ada lagi sodap

Bahan-bahan
  • 2 biji mangga muda-hiris halus (nak parut pun boleh)
  • 1/2 labu bawang besar-dimayang halus
  • 1 biji lada merah-potong serong
  • 4 biji cili padi-mayang
  • 2 sudu makan sos ikan
  •  2-3 sudu makan jus limau kasturi
  • 3 sudu makan gula pasir
Cara-cara
  1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, sos ikan dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Kemudian satukan dengan mangga, bawang besar, cili api dan cili merah ke dalam   mangkuk dan kacau rata.
  3. Rasalah cukup masam dan manis ikut selera masing-masing.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk.  Pastu makan..fuhh meleleh air akak masa buat N3 ni padahal dah habis dah.

8 ulasan:

  1. tgk gmbr pun dh meleleh air liur hehehe

    BalasPadam
  2. Kak Ina, fuuuuh mmg kecur ayaq liur ok!

    p.s: I suka tambah kacang tanah sket. bila kunyah crunchy2 lebih feel. hehe

    BalasPadam
  3. tak nak tengok.tak nak.tak nak...

    hehehehe....takut terliur ;p

    BalasPadam
  4. alahai..kecur tgk kerabu mangga!!!
    masa pegi KL 2 minggu lps dpt jgk mkn tapi tak sempat nk ratah sbb ramai askar hehehe

    BalasPadam
  5. Seb baik baru makan td masa lunch..

    Kerabu pelam ni my peberet tau kak :)

    BalasPadam
  6. memang sedap,yum2

    teringat mango chili nya kerabu mangga,sedap

    BalasPadam
  7. memang nampak sedap pun kak. saya suka

    BalasPadam
  8. huhu....nmpk senang tp ila buat xpernah menjadi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers