OOO

Sabtu, Disember 17, 2011

Kesiannya Ibubapa Beliau

Sebagai seorang ibu, akak memang  merasa  sedih  bila membaca berita tentang seorang pelajar lelaki yang bernama  Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland  untuk menjadi doktor perubatan yang di katakan hilang di luar negara.

Ibubapa mereka hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Anak bertuah yang telah mengharumkan dan membanggakan kerana beliau telah menjadi ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Bila Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun untuk pengajian akademik dan kos sara hidup Ariff yang tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan dan beliau perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Disebabkan  masalah kewangan,  bapa Ariff  menyarankan agar  dia menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan terjejas.

Yang paling mendukacitakan sekarang ini bapa berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,00.

Tentu kaum keluarga budak ni mandi tak basah tidur tak lama bila tau anak yang disayangi hilang entah kemana sehingga sanggup pergi ke sana beberapa kali untuk mencari anak kesayangan mereka.

Korang boleh baca berita selanjutnya di  Utusan Malaysia
Akhirnya anak kesayangan yang di rindui telah mencalarkan hati kedua ibubapa dan keluarga kerana telah melangsungkan perkawinan sejenis di sana. Ariff nama yang sedap tapi fikiran kamu ke laut, boleh pulak tu kamu pakai baju melayu, sayangnya kamu yang bijak pandai boleh berubah jadi macamni.

Sampainya  hati kamu, kamu bersukaria dan melakukan perkara yang di larang dalam islam sedangkan kedua ibubapa kamu menanggung bermacam masalah di sini.  Kamu tak kecian ker  dengan mereka, dahlah mereka bersusah payah membesarkan kamu dari kecil.  

Tak terbayangkan kamu wajah kedua ibubapa kamu apabila kamu melakukan perkara terkutuk ini?  Bertaubatlah anak..semuga kamu di beri taufik dah hidayah darinya.

Tak sangggup nak letak gambar yang mengaibkan..korang bolehlah cari kat google
Akak yang mempunyai 2 orang anak yang sedang belajar di luar negara bertambah risau takut benda ni terjadi kepada mereka.
 
Anak-anak mak..ingat pesan mak selalu yer.

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
 

Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan
sayangi kami yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan 

Sumber : SINI
 


12 ulasan:

  1. assalam ina..itu jugak saya fikirkan..kesiannya ibu bpa dia..kita pun ada anak...
    semoga doa2 kita untuk anak2 dimakbulkan yang esa..jauhilah lah dari perkara2 keji dan mungkar..peliharalah anak2 kita.amin

    BalasPadam
  2. salam k.ina.Syian kedua ibubapanya...dr kecik dh diberi didikan agama yg kukuh,ini balasannya.Siap pakai baju melayu,...bertengkolok bagai.
    Semoga anak2 kita dilindungi & dijauhi dr melakukn pekara2 yg HARAM dlm Islam.Aminnnnn

    BalasPadam
  3. auntieee, doakan sy jugak ye :)

    BalasPadam
  4. eka kan,bila baca pasal n,satu je kesian,kat mak ayah dia... sedihnya... dia dah sesat ke apa pun tak tahulah....huhu..

    semoga dia sedar

    BalasPadam
  5. bila ader cerita berkenaan anak2 mmg ibulah yg cepat tersentuh kan? itu gaks yg sy fikirkan even anak2 sy tecit2 lagik.. mohler, kak kita sebagai ibu mendoakan hamba ALLAH neh lembut hati n sedar ke pangkal jln..amin3!!

    BalasPadam
  6. Nauzubillahiminzalik.

    Saya doakan moga Yana dan Russhdi sentiasa dilindungi Allah SWT dan menjadi anak yang patuh dengan suruhan-Nya. Jangan bimbang Kak Ina, kita sesama doakan yang terbaik dan kejayaan yang penuh dengan keberkatan bakal mereka perolehi, Insya'allah.

    Sayang selalu...

    BalasPadam
  7. Amin


    ya Allah,kenapa nak melayu islam bijak pandai jadi mcm tu :'(

    BalasPadam
  8. Nauzubillah...astaghfirullah..semoga Allah memberikan dia hidayah dah petunjuk untuk bertaubat...brgenang airmata membacanya kerana apa yg terbayang dimata ialah betapa hancur luluh ibu dan bapanya...

    BalasPadam
  9. Selalunya anak-anak akan kalah dengan apa jua nasihat dan doa ibu. Sebab tu apa-apa nak pesan, selitkan juga peringatan, ingat mak dulu sebelum nak buat apa-apa.

    Tumpang smpati kepada ibubapa Arif itu...

    BalasPadam
  10. kak ina , dia senior sekolah ijah -.-
    sedih sgt bila baca kisah dia. mmg tak fikir pnjg dan plg penting tak fikir lgsg perbuatan dia telah hancurkan hati ibubapa dia. :(

    jauhkan lah dr jd mcm ni semua. aminn

    BalasPadam
  11. Bila berada di luar sana, dan terutama bila berlakunya masalah macam dia.. keadaan dia akan jadi vulnerable sangat.. sedikit asukan dari pihal lain, boleh mengubah segala kepercayaan yang ada pada dia.

    Sekarang ni tak tahulah camna.. nak paksa dia balik dia dah besar dan mampu buat keputusan sendiri. Harap-harap dia sedar dan kembali.. ingatlah bertapa peritnya perasaan ibu bapa melihat anak dia sebgitu.

    BalasPadam
  12. Cm pun macam Ina jugak perasaan yang bercampur aduk....semoga anak anak kita sentiasa dijalan yang benar..jalan yang lurus dan dilindungiNya setiap masa..jangan lupa solat..jangan lupa solat dan pilih kawan yang baik..yang beragama....semoga anak anak kita selamat di dunia dan akhirat..Insyallah..berdoalah..doa ibu mustajab..Insyallah....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers