OOO

Isnin, Disember 12, 2011

Resepi Ayam Lada Hitam


 
Resepi ni akak pakai hentam ajer..tapi anak kata sedap.  Oklah tu kan sebab senang ajer nak masak ayam cara camni. 

Bahan-bahannya
12 ketul ayam
2 biji bawang kecil*
4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 biji bawang holland/merah-hiris bulat
1 batang cili merah-potong serong
1/2 cawan sos lada hitam LIFE
1 sudu makan kicap manis 
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Minyak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Air-lebih kurang 3 sudu makan
sedikit garam jika perlu

Cara-caranya
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Bersihkan ayam, lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng pastu toskan.
3. Tumis bahan kisar, masukkan sos lada hitam bersama sedikit air dan serbuk lada hitam kasar.
4. Masukkan ayam, kacau masukkan pula cili dan bawang bersama sedikit garam gaul sebati.
5. Daah siap dan bolehlah di makan dengan nasi putih panas-panas

6 ulasan:

  1. sedap..tgk ayam tu je pon dh sedap ni kak..

    BalasPadam
  2. nak kena cuba resepi ni nanti... nmpak menarik :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Biasa saya bakar je ayam guna black paper...wahhhh macam sedap je kalau buat gini. nak try buatlah esok.

    BalasPadam
  4. resepi yg mudah..boleh cuba nanti nie

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...