OOO

Isnin, Disember 19, 2011

Waduh Enaknya Lempeng Kelapa Makan Time Hujan


Akak buat pakai hentam ajer labu buat lempeng kelapa ni, tapi nak bagi anak akak ataupun korang akak tepek resepi lempeng kelapa yang akak ambil dari blog Chef Ah Mat Gebu.

Perut lapar sebenarnya waktu hujan turun, pekena lempeng kelepa dengan asam tumis ikan pun sodap. Kalau korang beli kat kedai dorang jual dekat RM1.00 tau..akak yang kedekut ni buat sendiri sebab anak ramai.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
 

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali, garam dan air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang1/2 cawan acunan, ratakan dan masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak pada permukaan lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama sambal tumis atau kari.

10 ulasan:

  1. ya Allah sodapnya

    pose ni,hehe

    p/s-akak,sy mmg suka mkn mangga mude,doakan saya ye

    BalasPadam
  2. mmg sedap mkn time hujan2 hehehe

    BalasPadam
  3. mmg sdp pn mkn lempeng time ujan.dpn rmh sy, ade org jual rm1.50 lempeng ni.dhla cinonet kecik je

    BalasPadam
  4. sama menu kita kak. Kat blog ella pun ada lempeng. hihi.

    BalasPadam
  5. Kak InaKL... sedapnyaaaaaa kak! cicah kuah asam pedas lebih-lebih semalam ... aduishhhh dah melelh dah air liur nih... hahaha


    memang sedap di makan waktu hujan2 ni kan...

    Azzah8

    BalasPadam
  6. oooo lempeng! makanan evergreen ni Kak Ina, dulu,kini dan selamanya...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    tak ada ikan masin ke...

    Wassalam

    BalasPadam
  8. makan dengan minum air kpoi...pehhh memang terbaik :)

    BalasPadam
  9. akk yg x rmai ank pun buat sendiri..lg sodap.cicah asam pedas ikan parang..ina lalu.. akk buat tak nmpak aje..hehe

    BalasPadam
  10. memang terbaik la lempeng kelapa makan time hujan..teringat nostalgia waktu kecik2 dulu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers