OOO

Rabu, November 30, 2011

Tekak Nak Makan Ikan Bakar

Tak di nafikan bakar ikan guna arang memang sedap...tapi berkecah dapur dibuatnya..dek sebab teringin nak makan kenalah merajinkan diri. 
Bahan-bahan utama
  • 1kg ikan kembung
  • se keping ikan pari di potong 3
Bahan-bahan lain
  • 2 senduk cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3-4 sudu makan gula castor (ikut rasa tekak masing-masing)
  • garam secukupnya
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • minyak dan daun pisang
  • sedikit perisa masakan
 
 tempat pembakaran dah berlubang terpaksa guna alternatif..
guna pasu bunga yang lebar pastu guna jaring oven punya...kreatif tak?
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak bahan kisar dan masukkan pulak cili kisar hingga terbit minyak.
2. Kacau sehingga rata dan masukkan perisa makanan, gula dan garam. Rasa cukup asam garam terus tutup api pastu perah asam limau.
3. Masukkan dalam periuk biarkan sejuk.
4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
5. Biarkan sebentar  baru di cuci bersih dan toskan.
6. Perap ikan bersama bahan kisar dalam 1/2 jam baru di bakar ..masa ni bolehlah hidupkan arang.
7. Letak daun pisang pastu buh sambal, bila dah masak sebelum balikkan letak lagi sambal di bawah daun pisang sehingga ikan masak.  Ulangi sampai habis
makan dengan kicap campur  bawang merah dan cili merah di potong dadu , cili api  dihiris dan di perah dengan jus limau kasturi..makan pula dengan nasi panas..fuhhhh 
dah alang kepalang salai sekali ikan keli ..senang nak masak lemak..lepas habis pembakaran pasu bunga pun retak...alahai kena cari pembakar yang baru lepas ni.

Bermulanya Pencarian Chef "Juara Resepi Sri Kulai" Musim Ke 2

Satu lagi rancangan reality yang di namakan "Juara Resepi Sri Kulai" akan di tayangkan dalam Rancangan Apa Kata Wanita TV1  yang akan di hostkan oleh Zamzarina Zambri dimana ianya  merupakan musim ke 2.


AYS Sdn. Bhd, pengeluar makanan popolur ready to eat meal  Sri Kulai yang telah bekerjasama dengan Apa Kata Wanita TV1, RTM dan pasaraya Tesco akan mula mengadakan ujibakat/auditions di Tesco outlets yang terpilih di sekitar  di Lembah Klang selama 12 minggu bermula pada 3 Disember.

Pencarian bakat baru dalam bidang masakan dengan resepi original di mana 3 pemenang akan di beri peluang di mana resepi mereka akan berada di pasaran yang akan di pasarkan di Tesco sebuah pasaraya yang terbesar di bawah jenama Sri Kulai.
Mr Liow Ren Jah-Chief Executive Officer, AYS Sdn Bhd, memperkenalkan AYS Sdn Bhd dengan jenama Sri Kulai telah mula berada di pasaran pada Julai 2008 dimana  ianya merupakan the first Malaysian company to manufacture and market Halal microwaveable ready-to-eat frozen Malaysian meals, di bawah jenama Sri Kulai dan di mana Kulai merupakan tempat lahir beliau.
Sri Kulai ready to eat meals terdapat dalam 3 kategori iaitu snack/light meals seperti dim sum dan noodle range, 
hidangan lengkap sepeti nasi lemak dan nasi ayam dan juga sambal udang, kari ayam dan roast chicken.
 
Terdapat 130 menu halal termasuk western meals seperti black pepper steak dan grazed honey chicken.  The Sri Kulai boleh di dapati di rangkaian pasaraya di Malaysia seperti Tesco dan yang lain-lain .  Mereka juga telah membekalkannya  di airline caterer, hospitals, food service providers dan cafe chains in Malaysia.
Dalam musim pertama, 3 orang pemenang  yang berjaya, di mana masakan mereka telah di jadikan  produk makanan sejuk beku/segera (complete meal) yang hanya perlu di panaskan dalam ketuhar gelombang mikro/microwave dan wajah mereka diabadikan di kotak  makanan  Sri Kulai.
Host Apa Kata Wanita TV1 Zamzarina Zambri yang akan 
menjadi juruacara "Juara Resepi Sri Kulai"

Mesti korang terhibur tenguk persembahan mereka ini
Chaiyokkkkk
Selepas pelancaran "Juara Resepi Sri Kulai"
Sessi soal jawab
Perasmian pembukaan Sri Kulai RTE Station di KL City Walk di bawah licensing Sri Kulai Scheme yang merupakan outlet ke 5 setakat ini.
 Black Pepper Steak untuk makanan tengahari kami.  Cuma masukkan ke dalam m/wave selama 4 minit dah boleh dihidang dan di makan

Info mengenai Rancangan "Juara Resepi Sri Kulai"


Program adalah kerjasama Sri Kulai, Apa Kata Wanita TV1 dan Tesco as the venue sponsor

Bermula pada 8 Januari -25 March 2012 ,  akan di tayangkan sedutan ujibakat secara langsung yang telah di adakan di setiap  tempat yang terpilih.  

12 orang peserta terpilih akan mula beraksi  dari 1 April-17 June 2012.

Elimination round dan 3 peserta di peringkat akhir akan di umumkan secara langsung pada 24 Jun 2012


Pertandingan akhir akan di adakan di Tesco pada 1 Julai, and aired as a full episode on AKW on 8 July 2012

Sesiapa yang berminat boleh datang untuk ujibakat.  Untuk terma dan syarat sila ke Facebook di SINI

Jangan tunggu lagi...bawalah hidangan istimewa yang original ke tempat dan tarikh di bawah ini..manalah tau korang boleh berjaya.

3 December  - Tesco Extra Shah Alam (bulatan kayangan)
10 December  - Tesco Extra Puchong
17 December- Tesco Extra Kajang
24 December  - Tesco Extra Shah Alam (berhampiran stadium)
31 December  - Tesco Semenyih
7 Januari 2012 - Tesco Cheras
14 Januari 2012 - Tesco Setia Alam
21 Januari 2012 - Tesco @ Scott's Garden
28 Januari 2012 - Tesco Extra Shah Alam (Bulatan Kayangan)
4 Febuary 2012- Tesco Extra Puchong
11 February 2012 - Tesco Extra Kajang

General condition for participation - prepared food has to be in complete meal from, Halal, microwaveable in line with the fusion theme.

Auditions starts at 11.00am at each of the Tesco stores with final call for registration at 12.30pm.  

The weekly winner will be announced on site after the final public judging at around 2.00pm

Selasa, November 29, 2011

Alahai Nak Makan Lempeng Ker?

Masa balik dari gi rumah kenduri kawin kat 
Mentakab suami bawa jalan lama nak gi ke Pekan  Karak.
Dari beliau bujang lagi kalau ke Kuantan  dia suka singgah makan kat tempat ini. Pekerja sedang membuat lempeng..wah lempeng orang dah jual sekarang ek.
Hb akak teringin makan lempeng pisang ...alahai...akak  ni kan selalu buat pizza tapi jarang buat lempeng..Sedap lempeng ni..
Pastu hb nak makan pula mee kari, mee kari  yang kaw kawww tapi pedasssssssssss..Ira dan Firdaus makan beria-ia sampaikan kami order bawa balik sebab akak tak rajin nak masak bila dah sampai rumah
Mee sop pun sodap...akak punya tapi kongsi makan dengan Ira
Semuanya RM25.00 bersama air.  Bolehlah kan..Kalau korang lalu Pekan Karak korang lehlah singgah kat sini.  Ada gak nasi campur dan roti jala kalau korang tak nak makan makanan kat atas.  Kedai ni bertentangan dengan Masjid kat Karak.

Contest Saya Hendak Tiket Konsert Moovment


Seperti yang di janjikan akak buat GA berupa  tiket-tiket untuk  menonton konsert ini dan album Far East Movement yang di taja oleh Universal Music Malaysia. 

Info mengenai konsert moovment
Pada 3 Disember 2011 ini akan di adakan konsert Moovment 2011 di Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park.

Artis yang akan menjayakan konsert ini adalah Far East Movemont yang terkenal dengan lagu Like A G6 dan Rocketeer

Konsert ini di bawa khas oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama-sama dengan TuneTalk Mobile Prepaid.

Info tentang konsert ini ialah :-
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 2.00am
Tempat: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park
Harga Tiket: RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone)
Untuk info lebih lanjut sila klik ke SINI

Seperti yang di janjikan akak buat contest dan hadiahnya ialah berupa  tiket-tiket untuk  menonton konsert ini dan album Far East Movement yang di taja oleh Universal Music Malaysia. 

Hadiahnya ialah 3 pasang tiket  dan satu album kumpulan ini bagi sape yang berjaya membuat N3 promosi yang terbaik berserta  komen yang paling menarik.

Syarat-syaratnya ialah :-

1.  Berumur lebih dari 18 tahun, seorang blogger dan memang confirm nak pegi tenguk yer
3.  Buat N3 mengapa anda hendak menonton konsert ini dengan tajuk Mengapa Saya Hendak Tiket Konsert Moovment kerana.............
4.  Kena letak gambar di atas serta copy paste tentang info mengenai konsert ini  dan kena letak ayat ini :
hadiah tiket dan album Far East Movement yang di taja oleh   Universal Muzik Malaysia.
5.  Pastu komen kat bawah N3 ini berserta link contest ini supaya akak leh check ikut syarat ker idak.
6.  Tarikh tutup :  30hb. November 2011  pada pukul 11.59 malam.
7.  Pemenang akan diumumkan secepat mungkin

Mudah bukan..tiket kalau nak beli memang mahal..jadi apa kata cuba contest ni

*Seorang blogger berhak mendapat mendapat sepasang tiket dan satu album sahaja

*Pemenang di kehendaki mengambil sendiri tiket/album (tempat akan di beritahu melalui email)


Isnin, November 28, 2011

Maybelline New York Fashion Week

 Maybelline NY Fashion Show in Malaysia! 
Maybelline New York Fashion Week diadakan dari 23-28hb. November di Centre Court Mid Valley yang lalu.  Berbagai-bagi aktivit menarik telah di sediakan.
 

Salah satu acaranya ialah From catwalk to side walk di adakan pada  24.11.2011 di Mid Valley jam 5.00 petang.  Akak rasanya tetamu paling awal sehingga boleh pilih tempat duduk kat depan sekali pastu chop pulak tempat duduk buat geng blogger yang lain..
kena ambik gambar kat sini..ada gak ambil gambar dengan bloggers lain ...tapi dorang masihlah tak upload gambar kat situ..malas nak tunggu akak buat N3 dulu..nanti buh gambar kemudian

Akak ke sini bersama anak-anak tapi dorang tak leh join masuk kat sini, akak suruh mereka merayau dan gi makan-makan. 
 Boleh make over tapi malaslah pulak (lepas tenguk gambar baru perasan muka berminyaklah pulak..ishhh terasa rugilah pulak)
 Kami sempat bergossip bersama (kredit pic  Nisa)
madammandoq, Fara Ng dan Nisa
Mula-mula ingatkan emcee ini pempuan..bila dia bersuara...ahhhhhhhh
terpedayalah pulak... Bila tenguk dari dekat ehrmmm
 Model Catwalk pun bermula..model mestilah cun dan tinggi lampai kannn
 Suka bila tenguk model mengenakan warna merah..cantikkk
 Model-model bergaya dengan barangan Maybelline
suka gak tenguk solekan mereka yang ni
 hitam itu menawan
Beranikah anda di solek macam ni?
 Cam biasa tak sah tak ambil gambar dengan Liyana 
(alahai gambar ni kurang cantiklah pulak)
 Thank u Connie jemput akak...love u...muahhhhhhhh

p/s ada gambar lain..nanti akak masukkan kat fb akaklah

Ahad, November 27, 2011

Sambal Totok Jawa Johor

Totok tu maksudnya asli kan...kalau silap harap betulkan yer

Masa balik kampung hari raya haji yang lalu, dek sebab jemu makan sup daging, lauk ayam anak buah suami akak buat sambal ni.  Ayah dia memang asal orang Jawa (tak silap Parit Balang Kecil) kat Muar.  First round licin akak tak sempat rasa.


Second round dia buat malam tu..fuhhh berebut makan dengan nasi panas..sedaplah..tapi dek sebab perut akak tak tahan pedas sekarang ni..kenalah berulang alik kat tandas.


Masa balik rumah dek kerana teringat-ingat kesedapan sambal ni akak buat lagi..fuhhh layan habis dengan nasi panas dan ikan masin goreng. Wah kalau makan camnilah selalu boleh simpan banyak duit kan..jimat memang jimat.

Akak buat tak sukat sangat tapi nak senang tepek resepi akak ambil dari SINI

Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Minyak utk menggoreng
Garam & gula secukup rasa 

sedikit jus limau kasturi-jika suka
1 inci belacan - akak tak letak


Cara-caranya
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. 
  2. Angkat dan goreng seketika bawang merah,belacan dan bawang putih, angkat. Kemudian goreng cili padi tadi. 
  3. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. Tumbuk kesemuanya.
  4. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

Sabtu, November 26, 2011

Tiger Balm Plaster Gunakannya Selalu

48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY


Pernahkah anda mengalami sentiasa dari sakit otot, sakit sendi atau keletihan?
 
mendapat sakit di leher dan bahu anda dari duduk di hadapan komputer terlalu lama?
Merasa sakit belakang ataupun kekejangan otot bila melakukan aktiviti sukan seperti bermain bowling? 


Ataupun terasa sakit belakang bila mengangkat barang yang berat?

bungkusan lama
Jika itu terjadi kami sekeluarga menggunakan Plaster Tiger Blam.
 
 di tampal di bahagian leher
Tiger Balm Plaster memang  sentiasa ada di rumah akak dan ibubapa akak sebab kami semua menggunakannya.
 tampal di lutut
Kami memang menggunakannya sebab bila sahaja badan merasa sengal-sengal dan sakit sendi, tengkuk dan bahu merasa kejang dan sakit belakang kami akan gunakan Plaster Tiger Balm.
tampal di bahu

Sekarang ini  Plaster Tiger Balm telah mengeluarkan pek baru. Terdapat dalam 2 pilihan iaitu WARM (PANAS) dan COOL(SEJUK)
PLASTER TIGER BALM -RD (WARM-PANAS)
-Memberi kesan 'analgesic' dan 'anti-radang bengkak'.  Rumusannya meresap ke dalam kulit apabila di tampal.

-Merangsangkan pengedaran darah yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

-Penyerapan dan tindakan yang memanas memberikan kelegaan dan keselesaan berkekalan selama beberapa jam.
Kegunaannya
-Berkesan untuk sakit kronik seperti Artritis dan sakit sendi .
-Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian otot, merasa tegang di leher dan di bahu, lebam, salah urat, sakit tulang belakang dan radang sendi 

Cara-cara Pengunaan
1.  Bersih dan keringkan bahagian badan yang sakit.
2.  Tanggalkan lapisan nipis dari plaster dan tampal sekali atau 2 kali sehari.
3.  Tampalan ini boleh di buat setengah jam selepas mandi atau di tanggalkan satu jam sebelum mandi.
 PLASTER TIGER BALM (COOL-SEJUK)
-memberi kesan 'analgesic' dan 'anti-radang bengkak'. Rumusannya meresap ke dalam kulit apabila di tampal.


-Merangsangkan pengedaran darah yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan.


-Memberi keselesaan berkekalan selama beberapa jam. 

-Memberikan kelegaan berkekalan bagi sakit sengal-sengal sendi (acute pain) dan apabila terkena kekejangan otot, terseliuh dan sakit belakang bila sedang bersukan.

Kegunaannya


-Memberikan kelegaan jika merasa sakit di bahagian otot, merasa tegang di leher dan di bahu, lebam, salah urat, sakit tulang belakang dan radang sendi

Cara-cara penggunaanya


1.  Bersih dan keringkan bahagian badan yang sakit.


2.  Tanggalkan lapisan nipis dari plaster dan tampal sekali ataupun dua kali sehari.
Sekarang ni dalam paket baru Plaster Tiger Balm dah ada pelekat tambahan supaya ianya tidak mudah tertanggal bila melakukan pergerakan yang agak lasak seperti bersukan.

Sesuai untuk di gunakan dibahagian tempurung lutut, pergelangan tangan, kaki dan siku (joint area),

Cara menggunakannya
Cuma tanggalkan lapisan tengah bergambar seperti di atas tanpa menanggalkan dua lapisan tepi kiri dan kanan.
Kemudian tanggalkan lapisan plastik nipis dari plaster
Kemudian tampalkan plaster Tiger Balm pada bahagian tengah pelekat tambahan dengan bahagian berpelekat menghadap ke bahagian atas.
Tampalkan kepada bahagian badan yang sakit
Akhir sekali tanggalkan dua lapisan tepi kiri dan kanan dan biarkan selama beberapa jam tanpa membasahkan plaster Tiger Balm sebab jika basah, gel akan mengembang dan membuatkan kesan pelekat melekat di badan
Senang bukan
Lapisan ini di perbuat dari non-woven material, yang  membuatkan peredaran udara selesa serta lembut di kulit dan senang di tanggalkan. 


Ianya senang diguna dan tidak meninggalkan saki baki pada kulit menjadikannya ianya lebih ideal untuk kegunaan seharian.


Diperbuat daripada teknologi hidrogel , Plaster Tiger Balm memberikan kelegaan dengan lebih lama dan mempunyai formula Tiger Balm yang unik.

Plaster Tiger Balm  memang tahan lama, selesa untuk dipakai setiap masa.  Setiap bungkusan mengandungi 2 plaster dan terdapat dalam 2 saiz.
  • Saiz Kecil (10cm x 7cm)
  • Harga  cuma RM5.20
  • Sesuai digunakan dibahagian leher, siku, pergelangan kaki, lutut dan lengan
  • mudah dibawa dan untuk kegunaan serta-merta

  • Saiz Besar  (10am x 14cm) 
  • Harga cuma RM6.80 
  • khusus digunakan untuk kesakitan dan ketidakselesaan di kawasan-kawasan yang lebih besar badan seperti paha, betis, bahagian belakang dan bahu.
Plaster Tiger Balm boleh  di dapati di semua rangkaian farmasi Guardian, Watson dan farmasi berdekatan dengan anda.
Plaster Tiger Balm di percayai dari generasi ke generasi dan berbaloi-baloi jika menggunakannya.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers