OOO

Jumaat, Januari 20, 2012

Gulai Ayam Bawang Goreng

Resepi asal guna daging, tapi daging tak ada stok jadi guna ayam ajerlah.  Masak lauk gulai ni  makan dengan nasi minyak, pastu goreng papadom.  Ikut resepi asal kena guna rempah gulai nasi minyak..akak pun tak tau camner rupanya rempah nasi minyak tu, jadi akak  guna rempah gulai dan rempah masak cap bunga ros (rempah ni hanya ada kat Ganu) 

Sedap gak bila dah masak sesuai dengan tekak akak sebab tak guna santan tapi guna susu pekat manis.  Akak ambil resepi ni dari blog dapur-mamasya ..beliau ambil dari blog.Norma.

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu-akak tukar ayam2 sudu besar rempah masak/2 sudu besar rempah  gulai jenama chap ros -kena beli kat Trg **(patutnya gulai nasi minyak)4 ulas bawang merah ] - akak tambah 1 biji bawang besar dan 2 biji bawang putih 2 ulas bawang putih ] kisar1/2 in halia]segengam bawang goreng - kena guna yg homemade kalau yang kat kedai kurang wangi1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket1 sudu kecil sos tomato - letak 3-4 sudu besar sos tomato3 ketul ubi kentang (potong 4)sedikit  kismisair secukupnya
Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas-ramas s sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan
 

 p/s sape blk Ganu boleh tolong belikan rempah gulai chap ros tak?
Baca kat twitter penyanyi Aril yang abangnya  Izwan Pilus (32 tahun) baru sahaja menghembus nafas terakhir beliau sekitar jam 6.15 petang (20 Januari 2012) akibat Jangkitan Kuman Dalam Darah.


Jenazah masih lagi di  Hospital Ampang. al fatihah buat arwah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.

5 ulasan:

  1. uiss..sedapnya kak, esp. papadom tu, dah lama tak makan.. tak pernah lagi guna susu pekat manis, kalau fresh milk pernah..

    nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater

    thanks..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    bau bawang goreng pun sudah menyelerakan

    BalasPadam
  3. sy pon tekejut bc psl arwah IP tuh...al-fatihah! sesama kita sedekahkan yea, kak?

    BalasPadam
  4. geram plak tengok ayam tu. hehe..

    BalasPadam
  5. sedapnya nak jugak, kalau x de rempah masak tp guna rempah biasa rasanya sama x

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...