OOO

Isnin, Januari 16, 2012

Jenuh Beratur

Gara-gara nak gi ke USS terpaksalah renew passport Ira yang telah tamat tempoh semasa cuti sekolah yang lepas.  Tak dan nak buat masa persekolahan sebab Ira duk asrama dan selalunya balik dah petang Jumaat.
 Masa renew passport akak dan Imran pada tahun lepas masa persekolahan (Imran bersekolah di Selangor, kalau cuti tak sama dengan WP)  sekejap ajer dah siap.  Tak sampai 2 jam dah balik ke rumah.

Oleh sebab dah tau situasi camni, akak dah ambil borang 2-3 hari sebelum pergi dan isi kesemuanya.  Nanti senang tak yah nak isi borang kat situ.

Bila sampai pukul 7.30 pagi orang dah ramai beratur kat luar.  Waduhh dekat 1 jam lebih gak nak ambil nombor giliran.  Lenguh kaki dibuatnya.

Bila dah dapat nombor giliran kami gi minum dulu kat restoran yang ada kat sini. Pastu tunggu pula nak ke ambil chop jari dan sebagainya.  Lepas buat bayaran, memang kena tunggu dalam 1 jam lagi.  

Nasib baiklah kat area ni macam-macam ada.  Bolehlah masuk kedai keluar kedai nak membuang masa.
Akak settle semuanya dekat pukul 12.00 lebih.  Fuhhh memang masak menunggu sampai pasport siap.

Bagi warga emas berumur 55 tahun ke atas dan jika mempunyai anak-anak berumur 2 tahun ke bawah boleh gi ke kaunter khas.  Tak yah tunggu lama cam kami ni.
fuh panjang sungguh orang beratur

Info camner nak ambil passport malaysia

Rujuk ke SINI

Alamat :  Pejabat Imigresen Wangsa Maju
                Aras 1, Wisma Rampai
                53300 Kuala Lumpur

No. Talipon : 03-4142 3449

 



Tak ada kena mengena...sajer nak letak muka anak buah akak yang buat akak selalu geram dan ketawa
























7 ulasan:

  1. alamakk ramainye kak, 3thn lps tmpt nih cam lengang aje.. ujung bulan nih nk renew pasport hubby.. kalu penuh gini nk larik g tmpt lain la gamaknye.. hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau boleh...jangan renew masa musim cuti sekolah.....uhhhhh padat

    BalasPadam
  3. wa renew kat kiosk dia tu..2 jam siap

    BalasPadam
  4. Ella biasanya cari tempat yg tak ramai org, kak. Tp biasa la .. cuti sekolah mana2 pun penuh, kan kak.

    BalasPadam
  5. Skang nei memang dah boleh dapat passport siap dalam satu hari...tapi memang kena pergi awal pagi la kan....

    BalasPadam
  6. ramai nyer kak.....sabar jela...ramai nak p honeymoon kot..hehee

    BalasPadam
  7. baca psl psport, terus tringatkan pasport sndr nyer expiry date..kena check nih..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...