Jom Minum Jus Carrot Susu

by kak ina kl on Khamis, Januari 26, 2012

Akak panggil jus carrot susu bermadu (bermadu..hermmm kalau boleh tak nak ek) sebab akak tukar gula ke madu.  Minum pada musim panas sekarang ni memang nyaman di tekak.  Kalau gi makan luar pun akak suka minum jus carrot ni.

Resepi jus ni akak ambil dari member blog yang fofolur Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji lobak merah, cuci dan kerat2
300 ml air
2 camca besar gula pasir-akak tukar madu
1/3 cawan susu sejat "IDEAL"
Ais kiub secukupnya
Air mineral secukupnya
Lobak merah yang dibentuk, untuk hiasan-malas nak deco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar lobak merah tadi dengan 300 ml air, hingga halus, tapis dan asingkan jus serta hampas. Masukkan jus tadi ke kembali ke dalam blender bersama2 gula, susu cair dan ais kiub. Kisar lagi hingga halus.
  2. Tuang dalam bekas sesuai dan tambah ais kiub lagi jika suka, hias dengan lobak merah.

9 comments

suka juga carrot juice

by Peri PiA on 26 Januari 2012 5:49 PTG. #

kenapa ya Lia tak suka jus karet ni, semua orang kata sedap..rugi benor Lia ni...
salam kenal. :D

by Cik Lia Lomi on 26 Januari 2012 5:57 PTG. #

Sedapnya air ni.. Bagus untuk mata.. Especially orang rabun macam saya.. :)

by Nur-nba on 26 Januari 2012 7:01 PTG. #

dh lama me tak minum carrot juice ;)

by Mama Zharfan on 26 Januari 2012 7:17 PTG. #

seingat sy lah, xpenah minum jus carrot.. nmpak cm sedap betol lah kalu kak ina yg buat.. nih yg nk beli carrot nih haha..

selalu buat jus kurma aje.. bese lah ibu menyusu hehehe

by Ely Hasrul on 26 Januari 2012 8:02 PTG. #

baik utk mata....sedap nye...akak tak guna gule? bgs nyer..madu tu sy mcm takleh telan la

by Cik FaRiZaM on 26 Januari 2012 8:15 PTG. #

carrot juice mmg sedap..ops,,carrot dgn susu la...

by Eryati on 27 Januari 2012 6:22 PG. #

mmg minuman kegemaran saya ni..

by fieda on 28 Januari 2012 2:01 PG. #

alamak azza tak suka sangat jus carot hehe. macam ada rasa pelik sikit.

by Azza Azman on 29 Januari 2012 8:42 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...