OOO

Sabtu, Januari 07, 2012

Kek Span Coklat Untuk Ulang Tahun Perkawinan

 
Dah lama tak ada virus R nak buat kek.  Tapi mengenangkan 5hb. Januari yang lepas ialah ulangtahun perkawinan kami yang ke 26 tahun akak buat ajerlah kek buat makan anak beranak.  
Kek ni pernah akak buat untuk harijadi Athirah yang ke 13 tahun.  Akak deko dengan pertolongan Yana dan guna buttercream.  Nasib baik Ira suka walaupun hasilnya comot.  Tak kisahlah kann..Kalau korang nak baca N3 tu korang boleh ke SINI

Terima kasih buat member geng masak memasak yang sudi bagi resepi.  Resepi asal di  SINI

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 40gm serbuk koko-akak guna jenama serbuk koko van houten
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

 
 mixer yang masih elok tetamu bagi hadiah perkawinan akak- dah 
26 tahun gak  umurnya cuma bekas dan pemegangnya dah rosak
Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga jadi seperti ini.. putar menggunakan kelajuan maksimum.. mesti kembang, pekat dan berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..

2.  Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan. Putar rata guna speed perlahan.
3.  Kemudian masuk minyak dan putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4.  Tuang dalam loyang berukuran 8"
5.  Bakar pada suhu 170'c  selama lebih kurang 30 minit api atas bawah
 
6.  Bila kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate-akak guna milk chocolate jenama Selbourne
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • badam cincang yang telah di sangai-pilihan 
  • whipping cream untuk hiasan-pilihan
 
**utk ganache**
  1. Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc dan butter/marjerin dan  kacau sebati.
  3.  Tuangkan atas kek dan hiaslah ikut suka.  
  4. Akak hiaskan dengan badam dan whipping cream yang telah dipukul sebentar.

14 ulasan:

  1. aduh kak.. puding laici tu pun saya tak sempat buat lagi, esok baru nak try test.. hehe ni dtg pulak kek coklat ni, meleleh dah ni.. haha

    BalasPadam
  2. salam rindu kak ina..hepi anniversary wat akak berdua ye! moga cinta kasih kalian akan terus mekar selama-lamanya..amin! kek ada belen lg x?? nk sepotong..nyum..nyum!

    BalasPadam
  3. befday cake ira tu sgt comelss :) balik umah nnti rin nak try wat lah :) tempting tgk pic cake akak tuu :)

    BalasPadam
  4. happy anniversary kak ina, terliur pulak tengok kek tu...

    BalasPadam
  5. selamat hari ulangtahun, akak. Ella doakan akak bahagia selama2nya ye.

    BalasPadam
  6. Perghh kak ina....terancam nih tgk kek tu..part meleleh tu kak...pitammm >__< haha, apa2 pun selamat ulang tahun perkahwinan..

    BalasPadam
  7. epi anniversary utk kak ina & mr hubby :)

    BalasPadam
  8. happy anniversary buat kak ina dan suami.
    semoga kekal hingga kesyurga.
    amin amin amin.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Ina

    SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE26

    moga bahagia hingga ke Syurga

    BalasPadam
  10. semoga lebih happy dan ceria seisi family hendaknya....

    BalasPadam
  11. Salam K.ina.selamat tahun baru 2012!!

    Walaupon dah trlambat nk gak ucapkn...HAPPY ANNIVERSARY YG KE 26 TAHUN!!kpd akak & HB.
    Bahgianya hidup akak...
    Atie doakn kebahgiaan itu terus kekal hingga ke akhir hayat.Aminnnn

    BalasPadam
  12. comey jugak aka hias utk kek ira tu..

    happy anniversary buat akak & suami..moga kekal bahagia hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  13. salam , saya ingin bertanya, berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat adunan telur , ovalette , dan gula jadi hingga bertanduk sebab saya dah buat dan adunan tersebut tidak jadi seperti yang saya inginkan , harap boleh membantu .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers