OOO

Selasa, Januari 03, 2012

Kenduri Kesyukuran

 
Kenduri kesyukuran kecil kecilan ni diadakan pada hari Sabtu lepas.  Kami buat kenduri ni sebab ada 3 perkara penting yang telah tertunai hasrat di hati akak.  Antaranya ialah bila  Imran yang tak ada problem masa bersunat, Russhdi dah selamat sampai ke tanahair dan Ira yang mendapat keputusan peperiksaan PMR yang agak baik juga.

Kebetulan Yana pulang bercuti jadi hati merasa gembira bila semua anak ada di rumah walaupun suasana riuh rendah dibuatnya.
Oleh kerana masak sendiri banyaklah kerja yang perlu di buat dari pergi beli barang mentah hinggalah bersihkan ayam sebanyak 20 ekor akak buat dengan pertolongan mak dan kakak long berserta anak-anak.

Terima kasih kepada jiran-jiran yang sudi hadir pada hari tersebut.
Terima kasih juga kepada ipar duai yang datang dari Nilai, Melaka, Kelang dan Cheras
Wife matjoe dan Wife eyriqazz sedang berbincang tentang apa akak tak tahu sebab akak sekali sekala borak dengan mereka. Mungkin bercerita tentang hal anak-anak ataupun bidang kerja masing-masing sebab kedua-dua mereka guru sekolah.
Geng Tali Baruts yang dapat hadir iaitu daydeck, eyriqazz , matjoe dan Jejai yang datang bersama anak-anak.  Yang lain tak dapat hadir di sebabkan ada hal al maklumlah cuti panjang kan.  Terima kasih yer sudi hadir termasuk  Bean  ..maaflah lupa nak ambil gambar sebab dia orang kedua penghabisan datang.
Anak buah dari Cheras yang masih solo...sape nak berkenalan kena jumpa akak dululah..suami jemput juga orang surau dan juga abang posmen yang kebetulan tengah hantar surat.
Anak Mat Joe yang keletah Hasannah..suka dengan telatah dia
 
Adik ipar sedang mengunyah apam polkadot yang sedap yang diberi oleh tetamu.  

Maaf jika ada yang terkurang dan jika akak  terkasar bahasa kepada semua yang hadir.  Besar hati akak sebab ramai juga yang hadir. Terima kasih sekali lagi.

12 ulasan:

  1. alhamdulilah. tertunai hasrat hati akak.

    selamat tahun 2012 kak ina.

    BalasPadam
  2. perut eyriqazz dah mcm perut saya
    hehehehehhe

    BalasPadam
  3. kesyukuran 3 dalam 1 ni.. Selamat Tahun Baru, 2012, moga tak terlambat wish..heh

    BalasPadam
  4. alhamdulillah,.. moga tahun 2012 lebih cemerlang.. sejuk mata akak kan bila melihat anak2 berjaya kat depan mata...

    BalasPadam
  5. Wkmsalam kak Ina, terima kasih sudi jengah lg dapur Ummi tuh.. Aah la kan, biasalah org memandang x sama, dia jek yang betul dan baik hati, wpun selalu menuding keburukan orang, hanya teman2 yang memahami jek yang jadi penguat semangat... :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah,kak....syukur sgt2 kn? amboi! eyriqazz... mrs dier or dier peknen tuh? hahaahahaa...

    BalasPadam
  7. best2. saya suka ayam goreng berempah itu. dan sambal sotong jugak

    kalau ada air di bilik mandi
    bolehlah hasanah dan irfan tumpang mandi
    kalau ada lagi rezeki
    boleh la kita berjumpak lagi

    BalasPadam
  8. seronok tengok akak dan anak2.. harap anak saya macam anak akak jugak, bagi kegembiraan untuk mak ayah.. :)

    BalasPadam
  9. Laaa.... yana pun ada gak ke...kalau tahu saya sambut dia kat airport...hehehe...anak buah akak tu pun cantik jugak yea...yg tak pakai spek tu tau...

    BalasPadam
  10. bestnya buat kenduri masak sendiri... seronok tgk...!

    BalasPadam
  11. wah...rapat jugak ye semua geng blogger ni. saya tak ada kawan blogger pun...sob sob.. sudikah kak ina.....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...