OOO

Rabu, Januari 18, 2012

Nasi Minyak Ganu

Nasi minyak ada macam-macam stail kan..ada stail arab, stail melayu dan macam-macam lagi.  Kali ni akak masak stail Ganu pulak.  Kalau masak nasi sedap sebaiknya guna beras basmathi sebab panjanggggggggggggggg.

Resepi dari K.Norma/Coretan Dari Dapur,tapi akak ambil dari dapur-mamasya

Bahan-bahan: Hidangan utk 5 org
  • 3 cawan beras basmathi-direndam dalam 20 minit baru di toskan
  • 4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras tersebut.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning - tambah pewarna merah
  • 2 helai daun pandan -disimpul

 
 tabur bawang goreng
Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi-akak guna mentega
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 in halia ]
  • 3 ulas bawang merah] dimayang
  • 1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan
  2. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
  3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
  4. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
  5. Masukkan air dan susu
  6. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning (tambah pewarna merah). Biarkan seketika
  7. Kemudian gemburkan nasi guna garpu
  8. Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

10 ulasan:

  1. sedapnya nasi minyak ganu.. kuah biasanya kurma daging

    BalasPadam
  2. Dari kelmarin dah Along tingin nak mkn nasi minyak/beriani tapi tak buat sbb hubby makan luar... tengok ler sehari dua ni.

    BalasPadam
  3. nasi minyak ganu sama tak ngan nasi minyak ganung???:-p

    BalasPadam
  4. salam kakina .
    saye tag akk kat n3 contest
    hafiz zainal nye .

    akk tgk kat blog org kak eh (:

    http://wahmuncetnyekau.blogspot.com/2012/01/hafizzainals-contest-senyuman-mahal-ii.html

    sbelom february 10th tau ;)

    BalasPadam
  5. waa..sedapnyer nasi minyak ganu..nyum..nyum..

    BalasPadam
  6. Wahhh lamaenye xmakan nasi minyak :)
    Salam kenal akak :)

    BalasPadam
  7. Kak Ina, nasi je, lauknya tak de ya? lapo ni lapo lapo lapo..ahakz!!

    BalasPadam
  8. kalau la sy duk umah k ina nih mmg gemok laa haha

    sy tgh carik kulit pai tee nih, akak tau tak mana leh dpt yg siap, nk mbuatnye tak sempat..

    BalasPadam
  9. hihi nasi minyak Ganu, i like!,tiba-tiba teringat kampung halaman..

    BalasPadam
  10. Salam & hai
    Mohon share ye

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers