OOO

Jumaat, Januari 27, 2012

Ok Per Tune Hotel Danga Bay Johor

 
 kredit  : google..lupa nak snap
Masa gi ke USS bulan lepas, kami ambil keputusan tak nak susahkan saudara mara,kaum kerabat dan sepupu sepapat yang ramai tinggal di JB.  Kami buat keputusan duk ajer kat Tune Hotel Danga Bay.

Senang ajer nak cari..korang gi ajer ke arah Pantai Lido.  Dulu masa duk kat JB pernah gak bawa Russhdi gi main tepi pantai tapi sekarang ni dah tak bolehlah sebab dah kena tutup dengan zing.  

Pernah gak bawa mak dan abah gi ke sini pekena makanan laut  kat tepi pantai lido ni tapi kedai makanan tu semua dah tak ada.
Ada orang kata kalau booked on9 awal leh dapat harga lagi murah..tapi bila tenguk harga yang akak dapat kira oklah..taklah mahal sangat pun. Harga ni dicampur air cond dan kelengkapan mandi (towel dan sabun).  

Kalau tak ambil ni semua lagi murah dalam RM50 lebih ajer..sajer mengada-gada nak buang duit. Yana tempah bilik dari sana..dia cuma tambah ambil entertainment dan wifi.  Harga pun lebih kurang sama cam akak.
Kalau korang book tak yahlah ambil air cond sebab bila dah malam terasa sejuk langsung buka kipas.  Sabun dan towel tu tak yah ambillah...sebab towel tu buruklah..cam tak yakin nak pakai...sabun dan sampoo baik baik sendiri.   Nasib baik akak memang ada bawa towel sendiri.
Puas hati dengan kebersihan bilik air..taklah geli nak duk. Mula-mula ingatkan teruk bebeno duk kat Tune Hotel tapi bila tenguk  sendiri memang puas hati.  Akak pernah gak duk hotel murah RM70.00 tapi tak puas hati sebab teruk betul bilik dan bilik air itu.
 Kat dinding dalam bilik  ada 2-3 iklan..pandai betul dorang cari duit.
Kat bilik air pun ada tau..kat dinding luar bilik pun ada..patutlah Air Asia boleh untung banyak.
Bilik memanglah agak kecik tapi kira oklah sebab duk 2 orang ajer..
bukan nak main kejar-kejar kan

Kalau korang nak ke USS akak syorkan duk kat sini ajer sebab bukannya korang nak duk sehari kat sini.  

Pagi esok dah nak naik bas gi ke USS kat perkarangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar.  Kalau nak gi jejalan seharian akak memang jarang ambil hotel mahal sebab rasa tak berbaloi sebab cuma balik untuk tidur sahaja.  

Kalau duk berehat seharian tak keluar jalan-jalan ke mana-mana,  baru kami ambil hotel yang ada kolam renang sebab anak akak sukan mandi manda...tapi terpulanglah pada koranglah kan...ini cuma pendapat akak ajer.

Puas hatilah duk kat sini..memang murah dan berbaloi.
Tune Hotel - Danga Bay, Johor (dulu di panggil Pantai Lido)
Lot PTB 22819, Jalan Skudai, 
Mukim Bandar Johor Bahru, 
80200 Johor Bahru, Johor.

Nak book kat SINI
Jom LIKE FB TUNE HOTEL.COM

Jom terjah kat http://grpv.cc/1ysv  

11 ulasan:

  1. mmg dlm perancangan kalau gi USSS nak duk sinijer.. budak opis cakap senang dan mudahkan,.. esoknyer nak gi USSSpun naik bas kat situjerkan... so tak yah payah2... pantai lido dah takderler dalam peta yerk...

    BalasPadam
  2. Tune Hotel Jb tu ok. biasa kalau pergi Jb mesti stay kat situ. berbaloi la.

    BalasPadam
  3. wahhhhhh...best nye . asyik p bercuti je kak ina .... >_< np tk ajak sy skali :P

    BalasPadam
  4. memang nak dok sini lah kalau me nak gi USS hehehe

    BalasPadam
  5. akak citer cam ok jeh TUNE tu,insyaallah t cubalah

    BalasPadam
  6. Sama saja dgn Tune lain...nak apa-apa kena bayar..

    BalasPadam
  7. betul tu kak ina
    setakat nak duduk2 kejap jer..
    better ambil hotel yg murah2 jer...
    lain ler kalau memang nak terperap dlm hotel...tu boleh ambil hotel yg mahal2 sikit...baru puas hati..he he he

    BalasPadam
  8. Memang nak cari hotel murah ...tapi puas nak mengoogle dulu.

    BalasPadam
  9. woohooo... nak gi USS gak lah.. nice info yeap..

    BalasPadam
  10. hmm betul tu rugi je amik hotel mahal mahal tapi kita tak guna pun facilities dia.. baik amik budget hotel je.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...