OOO

Selasa, Januari 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah Hidangan Kenduri


Masa kenduri bulan lepas 31hb. Disember 2011 (Sabtu) kami menyediakan ayam goreng berempah.  Akak yang gi pasar beli 20 ekor ayam dan bersihkan sorang-sorang.  Fuhhh macam nak bukak kedai jual ayam goreng berempahlah pulak.  Terima kasih mak sebab tolong siapkan rempah ratus bahan perapan.

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer

Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas. 

 p/s kalau tak percaya cuba tanya geng tali baruts yang hadir 

21 ulasan:

  1. memang tumpuan lah kalau lauk mcm ni

    ak,tak jmpt sy pon?hehe gurau je :P

    BalasPadam
  2. kak ina...sy suka ratah ketika masih panas-panas....mmg sedap..tp xsuka part yg byk isi...

    BalasPadam
  3. Potong kecik-kecik pun best kot. Bleh rasa banyak sikit rempah dalam setiap bites. Maksudnya, tepung tu tak perap sekali la ye? Gaul last sekali masa nak goreng ek?

    BalasPadam
  4. sodapnye..nak belajar la nanti.. nak masuk masterchef 2 nanti..huhu

    BalasPadam
  5. tengok gambar pun dah terliur kak...:)

    BalasPadam
  6. hujung minggu boleh coba ni.. hehehe

    BalasPadam
  7. mestiler sedap... der pedas2 gitu. kalau makan gitujerpun sedap ...

    BalasPadam
  8. Wahhh tangkap leleh ayam goreng nie :)

    Nak cuba la jugak :)

    BalasPadam
  9. huhu..sdapnyaa..
    tgh hari stg nk mkn nie bleyh?? haha..

    BalasPadam
  10. salam kak ina...fuhhh 20 ekor ayam tu, tabik la kak...

    BalasPadam
  11. mak ai kecur air liur saya tengok... sedapnya... kena cuba ni...

    BalasPadam
  12. boleh cuba resipi akak ni pulak....yang dayangjack tu dah pernah cuba...

    BalasPadam
  13. mmg sedap makan ayam kt kenduri kak ina ari tu.

    BalasPadam
  14. waaa..nampak cdap .
    nak try la nnti ;)

    BalasPadam
  15. wahh..nampak pon dah terleleh ayaq liuq ni kak..

    BalasPadam
  16. salam .
    kak ina ..kalau akk ade mase nnti join contest ni eh .

    terbuke kpd sume :)

    akk tgk kat blog saye nnti eh ..
    http://wahmuncetnyekau.blogspot.com/2012/01/cutecardcontest-by-unic.html

    tarikh tutop 31 januari ni ..
    :)

    BalasPadam
  17. amboi kak ina ni kalau buat entry masakan boleh buat saya lapar tau...

    BalasPadam
  18. salam....memang sedap kak.tak rugi masak

    BalasPadam
  19. yum-yum..sedap nampak..akan di usahakan untuk buat!!!

    kalau yg minat makan kerang..cuba resepi ni :- http://semutsemutsihat.blogspot.com/2014/09/kerang-berkulit-masak-ala-ala-rendang.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers