OOO

Selasa, Januari 03, 2012

Resepi Chocolate Brownies Kukus

Maaf yer peserta contest..akak agak bzzz sikit..nanti lepas uruskan persekolahan anak-anak, akak short list 15 orang yang memberikan komen yang terbaik.  Harap bersabar yer
Yana yang buat brownies kukus ni.  Dia kata dia pernah buat kat rumah dia di India.  Ok... kalau dah expert buat ajerlah sebab akak dah penat buat persiapan nak kenduri di rumah.  

Yana buat sambil di tolong oleh Ira ..mereka taburkan badan cincang yang telah di sangai ke atas coklat.  Resepi asal di SINI
 
Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )
-200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)-guna mentega buttercup
-200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)-guna coklat coklat Beryl's
-170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
-30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
-4 biji telur
-170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)
Cara-cara
-Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
-Tepung dan koko diayak bersama.
-Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
-Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
-Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
-Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
-Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
-Hias brownies ikut selera. Disini saya bubuh topping dgn choc. cair dan juga badam cincang  yg dipanggang.

7 ulasan:

  1. sedapnya choc brownies tu kak ina...tp sayangnya tgh diet hihi

    BalasPadam
  2. Sedapnya..kecur airliur ni tengok coklat yang meleleh tu..hehe.

    BalasPadam
  3. perrrgghhh memang nampak sedap sgttt

    BalasPadam
  4. Ya Allah sedapnya... nak try la kukus... dah bosan la bakar sebab dia kering....

    BalasPadam
  5. sedapnya kak ina , nak try jer resepi akak. Macam mudah jer nak cr brg brg tu :)

    BalasPadam
  6. sy nak buat kek coklat kukus tp sy agak kemalasan...cmne tu kak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers