OOO

Sabtu, Februari 04, 2012

Akak Cuba Buat Trifle Istimewa Mat Gebu

Teringat-ingat kesedapan Puding Triffle Istimewa Mat Gebu, akak pun merajinkan diri membuatnya.  Yang buat tak best sebab pewarna merah tak ada dalam stok.  Akak guna pewarna hijau ajer.  Kurang cantiklah pulak kannn


Kek span pun akak malas buat.  Akak beli ajer swiss roll.  First time buat memang rasa cam leceh ajerlah sebab banyak step yang perlu di buat.  Tapi bila dah siap rasa puas hati tenguk hasilnya.  Walaupun tak se cantik Mat Gebu punya ..tak kisahlah kan..janji sedap.

Kalau tenguk Mat Gebu punya bolehlah ke SINI

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

12 ulasan:

  1. wow...yummy yummy..nk try gak lah nti..heheheh

    BalasPadam
  2. yg penting isinyer byk n mewah, kak...

    BalasPadam
  3. sedap ni kak
    tapi rasa malas untuk masak adalah membuak-buak

    BalasPadam
  4. aduhh...terus rasa macam nak buat lagi...cuma keadaan kegebuan tak mengizin kan lah...hahaha..

    BalasPadam
  5. Teringin nk buat puding ni tp masa tak berkesempatan :)

    BalasPadam
  6. Tertarik tgk brush biru kat bawah skali tu :)

    BalasPadam
  7. hijau pon menariks kak, asalkan sodap

    BalasPadam
  8. mmmm...cedapnyer...nak cikit boleh? kehkehkeh

    BalasPadam
  9. wah...sedapnya...tu baru dlm gambar...

    BalasPadam

  10. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers