OOO

Khamis, Februari 02, 2012

Ikan Kerapu Tiga Rasa

First time masak ikan kerapu 3 rasa..selalunya guna ikan siakap ajer.  Tak per kan sekali-sekali tukar selera.
 
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Inahar & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
2 ekor ikan kerapu
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camca minyak - untuk menumis
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
minyak yang banyak
Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan-tak letak
2 helai daun limau purut-tak letak
4 - 5 biji cili padi
sedikit batang saderi-potong kecil 
1 biji bawang besar di potong bulat
 
Bahan-Bahan Sos:-
2 cam. besar cili kisar
1 cam. besar sos tomato
2 cam. besar sos plum-tambah sos cili
2 cam. besar gula pasir
2 cam. besar sos cili
1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi) 
1 1/2 cam. teh kicap manis
sedikit sos ikan
 
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, batang saderi, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
  5. Hidangkan bersama-sama nasi panas.

13 ulasan:

  1. kak ina,
    kita pernah buat lauk camgini,bubuh dau kantan ngan limau purut tu..bauuu harummmnyer kak,sama laa kita pun guna siakap..kata orang kerapu lagi manis yea isinyer..

    BalasPadam
  2. ayh sy pernah masak siakap tiga rasa. hehe~ ayh sy, sy belum lg.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    nyam nyam
    nak pi makan la...

    BalasPadam
  4. salam kak ina,lama x jenguk sini...wahh tuan rumah mskkan ikan kerapu hr ni..msti sodappp....

    BalasPadam
  5. Paling best orang lain masak kita makan...syok makan ni.

    BalasPadam
  6. menyelerakan untuk lunch ..gurlppp...

    BalasPadam
  7. slurppp walaupon dh mkn terliur gak tgkk

    BalasPadam
  8. sedapnyer ..tak tahan masuk blog kak ina kalau tetiap hari ada resipi baru :)

    BalasPadam
  9. follow sini kak..wahhhh sedapnye..terliur dah..haha

    BalasPadam
  10. tengok bahan2 nampak umpphh ni..insyaallah boleh try..boring gaks asyik buat masak 3 rasa @ thai (tu jer yg reti)heheee

    BalasPadam
  11. saya pun tak pernah guna ikan kerapu..biasa siakap jer..sedap ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...