OOO

Rabu, Februari 22, 2012

Murtabak Kulit Popia

Kalau ikutkan memang geram dan meroyan tak ada line sejak Ahad malam.  Tapi nak buat camner kan..kenalah redha.

Nanti akak gi jenguk blog sape yang telah sudi masuk contest akak tu yer.  Terima kasih yer sebab sudi gak nak join
Akak first time buat murtabak kat umah.  Tapi malas nak guna tepung roti canai sebab x suka nak tangan berminyak masa nak buat kulit. Lagipun bukan pandai tebar pun..nanti cam kelakar pulak kulit murtabak akak.

Inti akak guna lebihan kimma daging yang akak buat dulu.  Simpan dalam peti sejuk ...masa nak guna akak panaskan inti sekejap.  Resepi kat SINI

Kalau korang nak tiru resepi inti kat bawah pun boleh gak. Kalau nak guna inti karipap pun boleh juga.  Kalau nak tenguk resepi inti karipap kat  SINI.  Resepi akak ambil dari chef fofolur Mat Gebu

Bahan A (Kulit Murtabak)
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya 


akak tak buat pun sebab makan  dengan kuah kari cuma hiriskan bawang holland masukkan dalam adunan telur

1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. 
  2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  3. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. (masukkan sekali hirisan bawang holland.
  4. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  5. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasan. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua...

14 ulasan:

  1. arghhh! saya pulak yang meroyan tengok murtabak ni. memang fevret ni. nak pulak waktu lunch macam ni. hewhewhew. jamu mata je dulu. kalau ada masa confirm nak buat barang 10 keping. hehehe ;)

    BalasPadam
  2. Kak ina, tak koyak ke kulit popiah tu dengan inti yg basah mcm tu? Kena buat laju2 ke?

    BalasPadam
  3. alamak..meleh leleh air liur saya ni tgk murtabak kak ina..

    BalasPadam
  4. Rajinnya..nampak sedap sgt.sy jenis yg beli je kat pasar malam murtabak tu huhu..

    BalasPadam
  5. wahh...sedapnyeeeee...nak cikit boleh x kak??hehe=)=0

    just found this blog ..follow sini=)

    BalasPadam
  6. kalau dah namanya kulit popia, bila nak makan mesti krak kruk krak kruk....tak boleh tahan bunyik tu. nak sikit...

    BalasPadam
  7. cam sedap je ni..nak kena cuba gak ni nnt..hehe :)

    BalasPadam
  8. Resipi baru bolehlah try ni...

    BalasPadam
  9. nampak cantek jek kak xmcm guna kulit popiah,.. hishh sedapnyeee

    BalasPadam
  10. yummm.. sedap... guna kulit popia pon boleh jadi murtabak kan.. tqs kak ina..

    BalasPadam

  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers