OOO

Ahad, Februari 12, 2012

Nasi Lemak Sedap Bukan Nasi Lemak 50 Sen Yer

 Lambat buat N3 ni..sorrylah Amy (isteri taukeh kedai) dan Eyriqazz orang yang open table
  Monyet gelak terguling-guling
Kura-kura takutkan Sang Harimau
Makan kat kedai Amy Sweetdarling
nasi lemak sedap tajaan Mat Rimau
 berblog bukan goblog
 sape kata camtu memang dia tak tau
isteri Eyriqazz nak buat blog
tapi suami tercinta merasa cemburu
Pagi-pagi dah buka periuk
Perut lapar dah rasa sebu
ambil nasi lemak berlauk
tapi sebelum tu ambil gambar dulu
 Imran suka buat gempar
Kadang-kadang naik menyampah
matjoe tengah sibuk ambil gambar
merakam telatah anak dara dia Hasanah
 Pagi-pagi makan kueh keria
Makan kat kedai Pak Uda
Amy yang sentiasa ceria
Dapat hb yang rajin berusaha
 Macam-macam lauk yang di sediakan
kat gerai nasi lemak Danau Kota
Marilah kita semua pergi makan
Memang puas hati dengan harganya
Niat dihati  Eyriqazz nak belanja gengtalibarut semua
Apakan daya ramai yang tak dapat turut serta
 Keropok lekor Ganu memang power punya
Semuga lain kali Adik Rimau  boleh belanja

Kalau nak baca lagi kisah nasi lemak sedap ni boleh ker SINI, kat SINI dan kat SINI

Kalau korang nak tenguk dengan lebih jeles lauknya boleh aaa ke SINI 
dan kat SINI

Jom terjah  di Lokasi Nasi Lemak  :  Siang tak ado..malam ajer tau
Ana Tomyam, 
Jalan Langkawi, 
Setapak 
(bertentangan dengan  kondo Teratai Mewah)
 GPS coordinate ialah 3.201692,101.71086 (tq matjoe)

 p/s baru tau yang  penyanyi  Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun pukul  3:55 p.m. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” ini ditemui mati di biliknya di dalam sebuah hotel. Punca kematian masih disiasat.

oooo sama umur dengan akak lah whitney ni rupanya.  Akak memang layan lagu Whitney Houston ni masa muda-muda.

8 ulasan:

  1. hahaaaa kelakar lah KakIna ni... tapi kira hebat lah boleh reka pantun, Along nak reka sekerat pun tak reti.
    oh. Whitney dh meninggal.... sedih gak sbb Along minat lagu2 dia waktu Along muda2 dulu....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    nanti nak cuba la nasi lemak tu...

    BalasPadam
  3. hahaha... gelilh dengar pantun ina...terhibur dgr :)..zila ni pantun pon xpandai heheee...^_^ zila66

    BalasPadam
  4. sedapnya...lama x lepak setapak..harus masukkan dlm list jln2 carik mkn ni..hehehhe

    BalasPadam
  5. fuuhh.. meleleh tengok nasi lemak tu..

    lagu whitney tu byk sedap2 kan..

    BalasPadam
  6. untung beli nasi lemak berlauk sbb nasi mmg dah lemak berkrim, pastu lauk macam2,.. kalau pagi makan nasi lemak berlauk boleh merangkap makan tengah hari gak...

    BalasPadam
  7. Baru tahu Witney Houstan meninggal dari sini.

    BalasPadam
  8. Nasi Lemak Royal yang popular di sekitar Alor Setar, Kedah mempunyai cawangan di Ampang. Sesiapa orang Alor Setar yang mengidam boleh lah ke sana untuk melepas geram. Hehe :)

    Lokasi: Club House, Tiara Duta Condominium (Taman Putra Sulaiman), Ampang, Selangor, Malaysia 68000

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers