OOO

Sabtu, Februari 18, 2012

Sambal Ayam Udang Kering

Maaf sebab tak blog walking sebab bzzzz..ada hal yang perlu di uruskan.  Siapa yang dah submit contest akak tu akak ucapkan ribuan terima kasih.  Nanti kalau dah free akak akak gi ke blog korang.  Terima kasih banyak-banyak yer. 

Blog pun cuma update resepi ajer..

 
Kalau dulu ashik masak sama ajer..bila dah ada macam-macam resepi kat internet..bolehlah cuba macam-macam masakan.  Tapi ada juga resepi yang akak buat tak jadi atau kurang sedap..mungkin air tangan tak sama.

Selalunya akak minta pendapat anak-anak sedap ker tak  sedap..kalau sedap leh buat lagi..kalau tak sedap..faham ajerlah.  Akak takkan letak resepi kat blog akak sebab macam nak aniaya orang ajer.   Sekarang ni ambil resepi dari geng masak memasak yang boleh di percayai sahaja. Kali ni akak cuba resepi skybluemelley

Bahan²
900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil-akak tak potong kecik..akak beli ayam suruh potong 16 ajer..x perasan punya pasal.
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah _ dihiris menyerong
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix (akak tukar knor)
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung

 Cara²
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.

13 ulasan:

  1. sedap nih.ayam lagi udang lagi.huhu

    BalasPadam
  2. Saya macam terbau bau aroma masakan kak ina ni. Sure sedap ayam nih...

    BalasPadam
  3. Salam kak. tiba2 jadi rindu masakan mak. even boleh jer masak sendiri tapi aura masakan ibu tiada tandingannya :)

    BalasPadam
  4. ni kalo dah bubuh udang kering konpem best! terliur la..

    BalasPadam
  5. macam sedap pula sebab ada udang kering

    BalasPadam
  6. minat betul dengan masakan yang bersambal ni... tp jarang dengar ada ayam masak dengan udang kering...

    kalau ikut petua, kurang elok campurkan masakan darat dengan masakan laut.. wallahualam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak...
    terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie akak.. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...