OOO

Sabtu, Mac 24, 2012

Bagus Per Jadi Jururawat

Akak ada buat N3 pasal kursus kejururawatan yang telah dibekukan pada 26hb. Jun 2010.  Dah lama dah sampai akak tak ingat. N3 tu kat sini SINI

Rupanya ada sikit salah faham ek..biasalah pengomen ni kadangkala bahasa dorang boleh membuatkan orang sakit hati...korang baca ajerlah



Rupanya ada yang kondemlah pulak pasal hal ini..tulis ikut sesedap rasa ajer hamba allah ni

kredit pic : google
Seperti yang kita semua tau, profesion kejururawatan yang memangnya merupakan salah satu profesion yang dipandang sangat mulia. Profesion kejururawatan  ini adalah profesion kesihatan yang telah lama wujud dan antara yang dikenali dan dihargai, walaupun ianya telah menjalani perubahan dan berkembang maju selaras dengan peredaran zaman.

Bukan senang tau bila jadi seorang jururawat, sebab kerjaya ini adalah antara kerjaya yang amat memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi.  Sekali imbas kerjaya jururawat nampak senang tapi sebenarnya tidak semudah itu, walaupun kadangkala bila kita ke hospital baik swasta ataupun kerajaan, kita boleh nampak dorang tengah gelak ketawa. 

Pernah juga jururawat di salahkan jika terjadi perkara yang tidak diingini dan tidak melakukan tugas yang sepatutnya.  Jururawat garang/mulut lazer memang selalu di kaitkan dengan hospital kerajaan, tapi adatlah kan, jururawat juga manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan.  Mereka juga mempunyai emosi dan mood..ada perasaan marah, sedih dan gembira.

Mereka dahlah  terpaksa bekerja mengikut shift, terpaksa meninggalkan keluarga dan anak-anak di waktu malam  merupakan salah satu tanggung jawab yang perlu di pikul oleh semua jururawat.
kredit pic : google
Jika mereka tidak mempunyai  semangat yang jitu, tidak ikhlas dan tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, dah tentu mereka takkan akan memilih kerjaya ini. Kalau niat cuma ingin mendapat gaji sebab tak ada pilihan, itu kira hal lain kann...tapi bila mereka telah menceburinya mereka mestilah melakukannya dengan ikhlas.

Sekarang ini makin ramai lelaki yang menceburi bidang kejururawatan , akak setuju jika remaja lelaki yang berminat,  teruskan usaha anda kerana jika ramai orang lelaki menceburi bidang ini, pesakit lelaki di wad tidaklah merasa malu bila jururawat wanita melayan keperluan mereka kan.

Akak memang terhutang budi pada jururawat yang menjaga akak masa akak melahirkan anak-anak akak samada di hospital kerajaan (2 orang anak yang pertama dan kedua), hospital swasta (3, 4 dan ke 5), nurse di hospital Jakarta, masa suami, abah, mak dan keluarga yang pernah tinggal di wad baik di pusat rawatan swasta, hospital kerajaan dan IJN.  Terima kasih tak terhingga buat mereka.

p/s buat anak-anak yang baru dapat result spm dan berminat hendak menceburi bidang ini,  sekarang ni banyak tempat yang menawarkan kursus jururawat ini.  Tapi korang kena minatlah..kalau tak berminat baik tak payah..

9 ulasan:

  1. adik pia sorang ade diploma jururawat swasta je la

    mulia kje ni,ape2 kje halal kalau ikhlas mulia.pahala pon dpt

    emo je lebih sekrang ni kan

    BalasPadam
  2. kak, tanya skit, suami akak tu macam sya kenal, dia involve ngan oil & gas ke ?

    BalasPadam
  3. Bapa sedara nurul nak sgt nurul masuk jururawat, siap nak inform kawan dia lagi org besar kat sana.. Tapi sekali nurul takut darah daaa.. Mana boleh jadi nurse.. Kan tgh cek2 pesakit.. Kita plak yg pengsan.. Hehehe.. :-)

    BalasPadam
  4. hermmm kamu kenal di mana ek?

    BalasPadam
  5. ya allah napa la org dok komen gitu. adik ipar abg saya nurse, saya ckp kt dia 'napa byk2 kerjaya pilih nurse?' bukan nk rendah2kan dia tp more to respect. nurse nih kalu tak minat and kalu xstudy bebetol susah tau! belaja mcm dokter! bg sy dorg nih hebat and lagik hebat kalu byk sgt pesakit patu kesabaran tinggi. kalu xdek nurse sapa la nk layan pesakit? ingat dokter nak layan? eh tp bukan la sy kondem dokter, ramai kawan2 sgt dokter. yg pasti keje nurse nih mmg mulia dan halal.

    BalasPadam
  6. hmmm....hina ke?
    adik kita nurse gak kat sepital kerajaan..jaga wad bersalin..

    BalasPadam
  7. adik ipar nurse...now sambung belajar jadi midwife... adik plak MA... so takdenye hina nurse. org yg komen camtu mmg komen tanpa berfikir kot.
    nurse la jugak yg mandikan saya masa baru bersalin anak first.takde hina pun saya rasa. pekerjaaan mulia

    BalasPadam
  8. ok ape jadi jururawat, bukan senang nak pegang jarum dan cucuk orang tuh. kena kuat semangat jugak.

    BalasPadam
  9. nurse hina dina la kerja nya..kerja di wipe ass orang lain..pastu belajar tak der la mcm doktor kalo tak ramai la lulus jadi nurse..tak susah pun beljar nurse yg bodoh2 pun dapat amek diploma nursing tu..yang matrik lelong amek kursus ijazah jururawat.kalo susah sgt macam doktro belajar ramai la student nurse kkm tu gagal diploma nurse..lepas tu nak jadi doktro kena straight A..nurse dapat c math dengan sains pun dapat..kalo dulu gagal spm pun ada jadi nurse

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers