OOO

Ahad, Mac 11, 2012

Daging Masak Merah


Kalau masak daging masak merah, ada geng telur dadar dan tom yam memang kick.  Makan bertambah-tambah.  Akak dah banyak kali buat dah dan letak kat blog.  Kira resepi ulanganlah ni.  Akak ambil resepi dari blog geng masak memasak Ummi Kuantan.
Bahan:-
300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
akak tambah 1 biji bawang merah di potong bulat
Cara Memasak:-
  1. Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). 
  4. Tambahkan sedikit garam dan kicap air. 
  5.  Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 

6 ulasan:

  1. sedaaappp nya.. nak sikit kak ina..!!

    BalasPadam
  2. daging merah kak ina kasi terliur je

    BalasPadam
  3. sedapnya ... sha pernah dapat pujian bila masak sambal daging...hmmm fav meals sha tu

    BalasPadam
  4. Salam, sihat kak? Keluarga sihat? Lama tak layan blog. Jadi nak merayap kejap...Tgk ayam akak teringat kat ayam masak merah mak saya...Rindu ngan ayam masak merah mak...sini buat asyik tak jadi sebab bahan nak masak mahal. Serai dekat 10x ganda mahal!hehehe.

    BalasPadam
  5. sedap nye....perut tgn kosong ni

    BalasPadam

  6. Phentermine[url=http://www.adipex-pharmacy.com]Adipex [/url]http://www.adipex-pharmacy.com
    Meridia[url=http://www.meridia.bz]Meridia[/url]http://www.meridia.bz
    Klonopin[url=http://www.klonopin.name]Klonopin[/url]http://www.klonopin.name
    Buy Klonopin[url=http://www.buyklonopinrx.com] Buy Klonopin[/url]http://www.buyklonopinrx.com

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers